Saturday, January 29, 2011

Oreo Cheesecake

Tempahan kedua yg diterima pada tahun 2011, Oreo cheesecake hadiah seorang bapa kepada anaknya..sungguh terharu..hehhehe.. Permukaan kek ada sedikit terhangus..harap yg menempah tak kisah..yg penting rase nya kan.... dan feedback yg diterima mmg alhamdulillah.. anak dia sgt suke kek nie..mekasih..lain kali oder lah lagi...

Kek ni mmg terasa sgt cheese nya, takde tambah tepung mmg cheezy sgt2, tak sesuai utk yg berdiet, tapi tambahan sour krim dapat menghilangkan rasa muak kek nie.. makan sepotong mmg tak cukup...lazat... hehehehe promo jer...
Kalau nak resepi leh selongkar kat bahagian kek, malas ler nak taip lagi..oklah selamat bercuti panjang utk tahun baru cina...

Friday, January 28, 2011

GO GREEN DAY..


Semalam 27 Jan 2011 adalah hari ijau kat opis, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul kat di kawasan lapang belakang opis utk tanam pokok2 hutan sebagai salah satu sumbangan kami utk memelihara bumi nie.. Dgn kerjasama Syarikat Aya Engineering dan CPCN, Ensearch yg sponsor pokok2 hutan yg diperolehi daripada org asli maka usaha ini terlaksana. Total 78 pokok dari 28 jenis yg kami tanam, nama semua pelik2 cam tak penah dengar Jis, langsir kecuali 2-3 yg biasa cam petai, kerdas, durian daun, mata kucing... aku dpt pokok apa pun tak tau, lupa nak tgk kat tag dia..hehehehe


Kebun kami ni namanya taman warisan, setiap pokok ada org yg akan jaga dan monitor perkembangannya. Aku share dgn tuan, nak harap mak buyong ni mencangkul dan angkut tanah, mau terberanak kat situ jugak. Mujur ada tuan nak share dgn aku, harap2 idup suburlah pokok kami. Dari semasa ke semasa aku akan update status pokok tu kat sini..kalau rajin ler...


Seperti biasa sebelum buat kerja mesti posing dulu..tgklah baju pun ijau u... baju freee..sapa tak suka kan. Aku kena amik saiz lebih besar sikit utk memuatkan perut yg mancung ini dan terpaksa gambar belakang2 utk cover perut comel ini..hehehehe

My partner yang gigih mencangkul dan menanam pokok. Nasib baik kami dpt kawasan tinggi dan tanah berpasir, mudah sikit kerja nak menanam, tapi sebelum tu kena campur tanah merah dah baja dulu baru boleh tanam.
Hasil setelah siap menanam, pokok kami ujung sekali bahagian bukit, sapa yg kat bahagian paya tu berselut lah gamaknya....

Talam Cendol


Cendol dah lama beli dan terperam dalam peti ais dgn harapan boleh bertukar jadi air cendol dan terus leh minum. Tapi hampa itu semua mimpi belaka, akhirnya terpaksa gagahkan diri untuk mencuba resepi talam cendol. Bila surf sana sini jumpa resepi dari blog resepi bdaria yang mana beliau mmg attend class buat kuih talam dgn Chef Asma. Dah lama aku verangan nak pegi kelas talam chef asma tapi tak berkesempatan, yelah mana nak sama kalau gi kelas dgn main ikut-ikut jer, belajar mesti berguru kan, barulah tak sesat. Resepi memang boleh dapat kat mana2 tapi tips2 tu yg penting yg jarang kita nak dapat.. tapi thanks to Bdaria yg share sekali tips yg dipelajari...

TALAM CENDOL

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam

B). Bahan B
  • 200gm cendol @ 1 paket kecil

CARA-CARANYA:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air

Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

    Guna talam bulat jer, dpt 2 talam, maklum ler kukus cinonet jer. kalau tak ramai buat 1/2 adunan dah cukup
Nota:

Ikut kata Bdaria masak sehingga naik wap adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Jadi pandai2 lah nak agak apa yg dikatakan naik wap tu, cuma pastikan jgn masak terlalu lama sampai pekat sgt, agak2 dah berasap ok ler sbb nanti nak dikukus pulak.

Wednesday, January 19, 2011

Vanilla Cupcake


Lama dah tak publish entry kan...padahal hari2 duk depan PC bukak internet. Sejak jadi student ni agak busy (or buat2 busy) mencari info yg berkaitan dgn subjek yg diambil, yelahkan dah ler amik 3 subjek jer pastu tak score musti memalukan yer tak?? so nak tak nak kena merajin kan diri gak.. yelah student veteren dgn perut memboyot...hehehehehe

Tapi dalam sibuk2 tu, amik juga tempahan vanila cupcake topping dgn buttercream yg dioder oleh biras utk bagi pada member2 kat opis dia. Dia nak 50 biji cupcake hias dgn bunga kaler purple dan pink serta individually pack. Tapi bila dah kecoh2 gambar siap pack single lupa pulak nak snap... ok tak rupa cupcake tu? dah lama tak deco cake tangan pun dah keras semacam jer...


Untuk resepi kek aku amik kat MyR dari Miss ad, minta izin share disini supaya senang utk rujukan di kemudian hari

KEK CAWAN VANILLA
@syahnina.blogspot.com

Bahan-Bahan:-
  • 150 gm mentega
  • 185 gm tepung naik sendiri
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
Cara-cara:-
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dipukul dan esen vanila
  3. Masukkan tepung yang dah diayak dgn soda bikabonat. Adun Sebati.
  4. Susun kertas kek cawan kedalam acuan dan masukkan adunan 3/4 penuh
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.
Kalau ikut resepi siap ada bagi cara nak buat topping icing sekali tapi aku tak ikut resepi tu, ising aku buat cara lain. Utk buat 50 biji cupcake aku buat 3 adunan baru cukup, jenuh juga nak membakar nya..tapi hasilnya sgt puas hati, kek sgt sedap dan gebu. Thanks pada tuan punye resepi.

Thursday, January 13, 2011

Aroma Seafood Jeram

Ikan kerapu masak 3 rasa- ni saiz yg paling kecik

Sejak aku dah start sekolah balik ni, mood nak berblogging kureng. Bukan sibuk sgt dgn kelas sampai tak sempat nak berblogging tapi mood takde. banyak yang nak diceritakan dan dikongsi bersama tapi entahlah. Semester ni cuma amik 3 subjek jer dan kelas hanya pada hari isnin dan Jumaat. Perjalanan dari rumah nak ke kelas yang memakan masa 1 jam dan dgn keadaan perut yang memboyot mungkin antara penyebab.. oklah malas nak membebel panjang, saje nak share lauk pauk yg kami makan masa gi Jeram Seafood tempoh hari..2 minggu berturut-turut kita org ke sana... mesti dah kena manderam nie..hehehe.

Ikan yg tinggal kepala dimakan oleh 3 org dewasa jer

Kalau nak pegi sana elok call dulu untuk tempah meja dan oder menu, kalau tak memang berjanggut ler menunggu kat sini. Masa memula kami dtg kami main redah jer, tapi sbb hari Jumaat so org tak ramai, agak cepat dapat makanan dan ada lagi tempat duduk. second time pergi time cuti tahun baru hari Sabtu pulak tu, org punyelah ramai, walaupun kami call sebelum pergi nak book tempat duduk pun tak boleh sbb terlampu ramai, org tu kata yg ada sekarang pun tak dapat duduk lagi, so dia advice kami dtg lewat sikit. tapi kami degil nak dtg awal jugak dan kami sampai kul 9.00 mlm, menu siap jam 11.00 mlm, ambik ko...2 jam menunggu...

Sotong goreng tepung dan sayur cendawan.

Selain dari menu kat atas kami makan ketam goreng bercili, ikan siakap masak stim limau, kepah goreng bercili, sup isi ketam..kalau boleh segala seafood yg kami nak pilih dan suruh masak. Makan kenyang sangat sampai rasa nak muntah. Tak habis kami minta bungkus bawa balik. Overall memang recommended lah tempat ni, seafood segar, murah dan view yang menarik..en hubby kalau boleh tiap2 minggu nak pi makan kat sini tapi bila pikir kolesterol terus takuttt.....hehehehehe


Wednesday, January 5, 2011

Roti Jala

Cuaca tak menentu panas hujan, panas hujan kalau menjala best gak..perut kenyang. Lama dah tak menjala, sesekali syok jugak, walaupun cubaan pertama dan kedua jadi cam lempeng jer..hehehhe. Roti jala makan dengan kari daging pekat memang melekat..sehingga menjilat jari. Niat nak hantar kat umah jiran-jiran tak tak kesampaian, kami sekeluarga jer makan dah tak cukup, nak menjala lagi memang berchenta rasa malas sangat. Lain kali ajelah yek...

Jom layan resepi roti jala yg diambil dari Lynn from MyR, minta izin share resepi disini untuk rujukan semua

ROTI JALA

Bahan-Bahan:-
  • 450 gm tepung gandum
  • 1 cmct garam
  • 1/2 cmct serbuk kunyit
  • 450 gm susu segar
  • 3 biji telur dipukul sikit
  • 450 ml air- boleh tambah kalau pekat sgt
  • 2 cmct mentega cair
  • minyak untuk menglengser kuali
Cara-caranya:-
  1. Ayak tepung, garam dan kunyit dalam mangkuk besar
  2. Buat lubang ditengahnya, masukkan susu,telur 1/2 drpd air dan mentega cair dalamnya.
  3. Kacau guna ballon whisk hingga sebati dan masukkan lebihan air dan mentega kacau lagi hingga tak bergentel dan tapiskan.
  4. ketepikan adunan selama 20-30 minit
  5. Panaskan kuali leper, lengserkan dgn minyak gunakan berus atau daun pandan'
  6. Isikan adunan dalam acuan roti jala dan mulakan menjala
  7. Biarkan masak tapi tak perlu terbalikkan atau jgn sampai perang
  8. Angkat dan bolehlah digulung atau dilipat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails