Friday, January 28, 2011

Talam Cendol


Cendol dah lama beli dan terperam dalam peti ais dgn harapan boleh bertukar jadi air cendol dan terus leh minum. Tapi hampa itu semua mimpi belaka, akhirnya terpaksa gagahkan diri untuk mencuba resepi talam cendol. Bila surf sana sini jumpa resepi dari blog resepi bdaria yang mana beliau mmg attend class buat kuih talam dgn Chef Asma. Dah lama aku verangan nak pegi kelas talam chef asma tapi tak berkesempatan, yelah mana nak sama kalau gi kelas dgn main ikut-ikut jer, belajar mesti berguru kan, barulah tak sesat. Resepi memang boleh dapat kat mana2 tapi tips2 tu yg penting yg jarang kita nak dapat.. tapi thanks to Bdaria yg share sekali tips yg dipelajari...

TALAM CENDOL

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam

B). Bahan B
  • 200gm cendol @ 1 paket kecil

CARA-CARANYA:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air

Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

    Guna talam bulat jer, dpt 2 talam, maklum ler kukus cinonet jer. kalau tak ramai buat 1/2 adunan dah cukup
Nota:

Ikut kata Bdaria masak sehingga naik wap adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Jadi pandai2 lah nak agak apa yg dikatakan naik wap tu, cuma pastikan jgn masak terlalu lama sampai pekat sgt, agak2 dah berasap ok ler sbb nanti nak dikukus pulak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails