Saturday, May 14, 2011

Jaundice

Memandangkan dalam mode pantang, jadi takde entry berkaitan dgn masakan atau makanan, entry akan banyak berkisar tentang baby dan mama baby..hehehe. Kelahiran kali ni berbeza dengan anak2 yg dua lagi tu, dari awal mengandung lagi dah ada masalah di mana selalu bleeding sampai doktor bagi MC suruh berehat. Lepas tu dgn false detection of plasenta previa spt entry sblm ni dan semasa nak bersalin wad penuh. Terpaksa duduk di labour room sampai bersalin, bayangkan dari pukul satu pagi sampai jam 11 ke esokkan harinya dgn keadaan katil labour room yg kecil dan sungguh tak selesa. Sakit bersalin agak lama kali ni, walaupun dah pecahkan air ketuban dan masuk drip, bukaan tetap 5-6 cm dan kepala baby takmau turun. Doktor decide nak guna either forcep or vacuum sebagai bantuan, bila dgr mcm tu hati dah tak keruan, dahlah tak tidur semalaman dgn contraction yg tak berhenti-henti dan panjang, sungguh menyeksa.. masa tu mmg doa banyak2 agar cepat2 lah baby keluar dah tak tahan rasanya menanggung sakit. Mulut memang tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus. Selalu bila disuntik dgn ubat tahan sakit mesti aku tertidur dan hanya berjaga bila contraction dtg tp kali ni memang takleh tido langsung, sampai nurse pun heran. Nurse kata heart beat baby semakin lemah dan baby perlu bantuan oksigen. En hubby yg setia menunggu di sebelah pun dah mula resah, dengan air cond yg sejuk (tapi pada aku sgt panas) dan tak tido semalaman sama macam aku.
Namun tepat jam sebelas aku rasa mcm nak bersalin sgt, nurse yg baru keluar dari bilik dipanggil masuk semula, kemudian doktor pun dtg. Dengan 2 kali teran jer, Alhamdulillah baby pun keluar. Lepas tu aku terus pengsan dan tak ingat apa2 lagi dah.. sedar2 diaorg kejut aku suruh pindah katil dan dibawa ke ward. Hari ke dua, kami dah boleh keluar ward dan perlu dtg semula pada hari ke empat (Sabtu, 18/4) utk check sama ada baby kena jaundice atau tak.
Kami dtg ptg Sabtu dan result hanya dpt diketahui pada mlm tu jam 12 mlm nurse call rumah kata jaundice baby tinggi dan baby perlu dimasukkan ke hospital. Bacaan masa tu 16 atau 200 lebih. Sebab dah mlm kami decide nak pegi esok jer dan baby kena tahan ward 2 hari. Baby diletakkan bawah UV lamp kaler biru dgn hanya pakai pampers n mata ditutup.
Bila dah keluar kami kena bawa check lagi selepas 3 hari dan doktor kata masih ada lagi demam kuning dia. Doktor kata kalau prolong jaundice menunjukkan masalah dgn hati dan doktor bg lagi masa lagi seminggu utk check lagi. Doktor suruh check pada najis baby kalau kaler najis warna krim or cerah doktor minta cepat2 bawa ke klinik. Sementara nak tunggu seminggu tu mcm2 perkara kami buat utk reduce demam kuning tu, jemur baby kat cahaya matahari pagi, bagi minum air gula batu dan air halwa kundur dan selepas 20 hari alhamdulillah demam baby dah sembuh. Aku rasa baby jadi mcm tu sebab dia kurang minum susu waktu siang sebab dia keje nak tido jer waktu siang dan berjaga malam. so kuning dia takleh nak keluar cepat.

Nurse bagi susu formula kat baby dan hasrat utk fully breasfeed aku tak tercapai. Memang respect pada ibu2 diluar sana yg dpt menyusukan baby secara exclusive sampai 6 bulan, sgt jeles wokeh.

5 comments:

geraugebang said...

Sebenarnya jaundice ni senang ajer ubat dia...beri minum susu ibu banyak-banyak, baby yang jaundice akan selalu tidur, agak lemah dan tidak mahu menyusu. Caranya, paksa dia minum,kalau tidur, cukup masa susu kejutkan dia...cara menjemur baby adalah kurang tepat...dan ada lagi peluang awak untuk menyusukan anak dengan susu ibu...cuma kesbaran dan kecekalan ibu yang paling penting...ikhlas daripada kak gerau yang semua anaknya jaundice.

Jamie said...

Kak Gerau,
Memang tido jer keje dia.Kejutkan pun takmau bangun, mandi pun pejam mata, paksa menyusu takmau minum..

~dalamdiri~ said...

salam jamie
camner khalish ari ni?
siann dia. ank aku dulu kurang nyusu jugak, menyusu seminit jer, tdo, tapi kuning hilang dengan masa.jadi jgn risau sgt ok...selagi boleh, bg minum susu byk2.AH

~dalamdiri~ said...

nanti ada masa insyaallah gi lawat. skrg bizi, anak and mak selalu demam huung minggu.semalam jumpa ita di tesco.AH

Yani said...

Salam Jamie.. anak sy yg ke-4 sekarang ni dah hampir 3 bulan. Hari tu masa lahir dia pun kena jaundice juga. Anak2 sebelum ni x pernah kena pun. 20 hari jugalah dok ulang alik ambik darah.. kesian kat bby. Sy faham perasaan Jamie.. mmg kita nak bg dia minum byk2 tp dah dia takmo minum nak buat mcm manakan..

Jamie masih tak terlambat lagi kalau nak bg susu ibu sepenuhnya. Anak2 saya, seminggu pertama mmg bg susu formula sebab susu ibunya tak keluar.. lepas dah keluar tu saya terus stop bagi susu formula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails