Thursday, January 13, 2011

Aroma Seafood Jeram

Ikan kerapu masak 3 rasa- ni saiz yg paling kecik

Sejak aku dah start sekolah balik ni, mood nak berblogging kureng. Bukan sibuk sgt dgn kelas sampai tak sempat nak berblogging tapi mood takde. banyak yang nak diceritakan dan dikongsi bersama tapi entahlah. Semester ni cuma amik 3 subjek jer dan kelas hanya pada hari isnin dan Jumaat. Perjalanan dari rumah nak ke kelas yang memakan masa 1 jam dan dgn keadaan perut yang memboyot mungkin antara penyebab.. oklah malas nak membebel panjang, saje nak share lauk pauk yg kami makan masa gi Jeram Seafood tempoh hari..2 minggu berturut-turut kita org ke sana... mesti dah kena manderam nie..hehehe.

Ikan yg tinggal kepala dimakan oleh 3 org dewasa jer

Kalau nak pegi sana elok call dulu untuk tempah meja dan oder menu, kalau tak memang berjanggut ler menunggu kat sini. Masa memula kami dtg kami main redah jer, tapi sbb hari Jumaat so org tak ramai, agak cepat dapat makanan dan ada lagi tempat duduk. second time pergi time cuti tahun baru hari Sabtu pulak tu, org punyelah ramai, walaupun kami call sebelum pergi nak book tempat duduk pun tak boleh sbb terlampu ramai, org tu kata yg ada sekarang pun tak dapat duduk lagi, so dia advice kami dtg lewat sikit. tapi kami degil nak dtg awal jugak dan kami sampai kul 9.00 mlm, menu siap jam 11.00 mlm, ambik ko...2 jam menunggu...

Sotong goreng tepung dan sayur cendawan.

Selain dari menu kat atas kami makan ketam goreng bercili, ikan siakap masak stim limau, kepah goreng bercili, sup isi ketam..kalau boleh segala seafood yg kami nak pilih dan suruh masak. Makan kenyang sangat sampai rasa nak muntah. Tak habis kami minta bungkus bawa balik. Overall memang recommended lah tempat ni, seafood segar, murah dan view yang menarik..en hubby kalau boleh tiap2 minggu nak pi makan kat sini tapi bila pikir kolesterol terus takuttt.....hehehehehe


2 comments:

mommysarah said...

jamie...bagilah alamat ngan rege sekali. leh kami-kami semua nie budget...

Jamie said...

Wei..jom kita pakat pi sama-sama...laki aku kalau sebut makan kat jeram laju jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails