Saturday, January 29, 2011
Oreo Cheesecake
Friday, January 28, 2011
GO GREEN DAY..
Semalam 27 Jan 2011 adalah hari ijau kat opis, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul kat di kawasan lapang belakang opis utk tanam pokok2 hutan sebagai salah satu sumbangan kami utk memelihara bumi nie.. Dgn kerjasama Syarikat Aya Engineering dan CPCN, Ensearch yg sponsor pokok2 hutan yg diperolehi daripada org asli maka usaha ini terlaksana. Total 78 pokok dari 28 jenis yg kami tanam, nama semua pelik2 cam tak penah dengar Jis, langsir kecuali 2-3 yg biasa cam petai, kerdas, durian daun, mata kucing... aku dpt pokok apa pun tak tau, lupa nak tgk kat tag dia..hehehehe
Seperti biasa sebelum buat kerja mesti posing dulu..tgklah baju pun ijau u... baju freee..sapa tak suka kan. Aku kena amik saiz lebih besar sikit utk memuatkan perut yg mancung ini dan terpaksa gambar belakang2 utk cover perut comel ini..hehehehe
Talam Cendol
Cendol dah lama beli dan terperam dalam peti ais dgn harapan boleh bertukar jadi air cendol dan terus leh minum. Tapi hampa itu semua mimpi belaka, akhirnya terpaksa gagahkan diri untuk mencuba resepi talam cendol. Bila surf sana sini jumpa resepi dari blog resepi bdaria yang mana beliau mmg attend class buat kuih talam dgn Chef Asma. Dah lama aku verangan nak pegi kelas talam chef asma tapi tak berkesempatan, yelah mana nak sama kalau gi kelas dgn main ikut-ikut jer, belajar mesti berguru kan, barulah tak sesat. Resepi memang boleh dapat kat mana2 tapi tips2 tu yg penting yg jarang kita nak dapat.. tapi thanks to Bdaria yg share sekali tips yg dipelajari...
TALAM CENDOL
BAHAN-BAHAN:
Lapisan bawah
Bahan A
B). Bahan B
CARA-CARANYA:-
Lapisan Atas
Bahan A
Bahan B
Ikut kata Bdaria masak sehingga naik wap adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Jadi pandai2 lah nak agak apa yg dikatakan naik wap tu, cuma pastikan jgn masak terlalu lama sampai pekat sgt, agak2 dah berasap ok ler sbb nanti nak dikukus pulak.
TALAM CENDOL
BAHAN-BAHAN:
Lapisan bawah
Bahan A
- 200gm tepung beras*
- 250ml santan pekat*
- 450ml air*
- 1 tbsp tepung jagung*
- 150gm gula caster
- 1 tsp garam
B). Bahan B
- 200gm cendol @ 1 paket kecil
CARA-CARANYA:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
- 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
- 50gm gula castor
- 500ml air
Bahan B
- 150gm tepung gandum
- 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
- 250ml santan pekat
- 1/2 tsp garam
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Ikut kata Bdaria masak sehingga naik wap adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Jadi pandai2 lah nak agak apa yg dikatakan naik wap tu, cuma pastikan jgn masak terlalu lama sampai pekat sgt, agak2 dah berasap ok ler sbb nanti nak dikukus pulak.
Wednesday, January 19, 2011
Vanilla Cupcake
Lama dah tak publish entry kan...padahal hari2 duk depan PC bukak internet. Sejak jadi student ni agak busy (or buat2 busy) mencari info yg berkaitan dgn subjek yg diambil, yelahkan dah ler amik 3 subjek jer pastu tak score musti memalukan yer tak?? so nak tak nak kena merajin kan diri gak.. yelah student veteren dgn perut memboyot...hehehehehe
Tapi dalam sibuk2 tu, amik juga tempahan vanila cupcake topping dgn buttercream yg dioder oleh biras utk bagi pada member2 kat opis dia. Dia nak 50 biji cupcake hias dgn bunga kaler purple dan pink serta individually pack. Tapi bila dah kecoh2 gambar siap pack single lupa pulak nak snap... ok tak rupa cupcake tu? dah lama tak deco cake tangan pun dah keras semacam jer...

Untuk resepi kek aku amik kat MyR dari Miss ad, minta izin share disini supaya senang utk rujukan di kemudian hari
KEK CAWAN VANILLA
@syahnina.blogspot.com
Bahan-Bahan:-
- 150 gm mentega
- 185 gm tepung naik sendiri
- 150 gm gula kastor
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1 sudu teh vanilla
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dipukul dan esen vanila
- Masukkan tepung yang dah diayak dgn soda bikabonat. Adun Sebati.
- Susun kertas kek cawan kedalam acuan dan masukkan adunan 3/4 penuh
- Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.
Kalau ikut resepi siap ada bagi cara nak buat topping icing sekali tapi aku tak ikut resepi tu, ising aku buat cara lain. Utk buat 50 biji cupcake aku buat 3 adunan baru cukup, jenuh juga nak membakar nya..tapi hasilnya sgt puas hati, kek sgt sedap dan gebu. Thanks pada tuan punye resepi.
Thursday, January 13, 2011
Aroma Seafood Jeram
Sejak aku dah start sekolah balik ni, mood nak berblogging kureng. Bukan sibuk sgt dgn kelas sampai tak sempat nak berblogging tapi mood takde. banyak yang nak diceritakan dan dikongsi bersama tapi entahlah. Semester ni cuma amik 3 subjek jer dan kelas hanya pada hari isnin dan Jumaat. Perjalanan dari rumah nak ke kelas yang memakan masa 1 jam dan dgn keadaan perut yang memboyot mungkin antara penyebab.. oklah malas nak membebel panjang, saje nak share lauk pauk yg kami makan masa gi Jeram Seafood tempoh hari..2 minggu berturut-turut kita org ke sana... mesti dah kena manderam nie..hehehe.
Kalau nak pegi sana elok call dulu untuk tempah meja dan oder menu, kalau tak memang berjanggut ler menunggu kat sini. Masa memula kami dtg kami main redah jer, tapi sbb hari Jumaat so org tak ramai, agak cepat dapat makanan dan ada lagi tempat duduk. second time pergi time cuti tahun baru hari Sabtu pulak tu, org punyelah ramai, walaupun kami call sebelum pergi nak book tempat duduk pun tak boleh sbb terlampu ramai, org tu kata yg ada sekarang pun tak dapat duduk lagi, so dia advice kami dtg lewat sikit. tapi kami degil nak dtg awal jugak dan kami sampai kul 9.00 mlm, menu siap jam 11.00 mlm, ambik ko...2 jam menunggu...
Sotong goreng tepung dan sayur cendawan.

Selain dari menu kat atas kami makan ketam goreng bercili, ikan siakap masak stim limau, kepah goreng bercili, sup isi ketam..kalau boleh segala seafood yg kami nak pilih dan suruh masak. Makan kenyang sangat sampai rasa nak muntah. Tak habis kami minta bungkus bawa balik. Overall memang recommended lah tempat ni, seafood segar, murah dan view yang menarik..en hubby kalau boleh tiap2 minggu nak pi makan kat sini tapi bila pikir kolesterol terus takuttt.....hehehehehe
Wednesday, January 5, 2011
Roti Jala
Jom layan resepi roti jala yg diambil dari Lynn from MyR, minta izin share resepi disini untuk rujukan semua
ROTI JALA
Bahan-Bahan:-
- 450 gm tepung gandum
- 1 cmct garam
- 1/2 cmct serbuk kunyit
- 450 gm susu segar
- 3 biji telur dipukul sikit
- 450 ml air- boleh tambah kalau pekat sgt
- 2 cmct mentega cair
- minyak untuk menglengser kuali
- Ayak tepung, garam dan kunyit dalam mangkuk besar
- Buat lubang ditengahnya, masukkan susu,telur 1/2 drpd air dan mentega cair dalamnya.
- Kacau guna ballon whisk hingga sebati dan masukkan lebihan air dan mentega kacau lagi hingga tak bergentel dan tapiskan.
- ketepikan adunan selama 20-30 minit
- Panaskan kuali leper, lengserkan dgn minyak gunakan berus atau daun pandan'
- Isikan adunan dalam acuan roti jala dan mulakan menjala
- Biarkan masak tapi tak perlu terbalikkan atau jgn sampai perang
- Angkat dan bolehlah digulung atau dilipat.
Subscribe to:
Posts (Atom)