Tuesday, September 23, 2008

Marble Shortbread



Bila orang sibuk buat biskut marble shortbread aku pun tak nak ketinggalan. Ditambah lagi biskut nie tak payah nak canai dan terap cam biskut2 lain, just pakai loyang cutter jer. Maka aku pun beli satu loyang cutter size 10 x 10 dgn harga RM 35.00 tunai.
Buat sampai 3 aduanan gitu. Cubaan pertama tak berapa menjadi sebab base bawah nipis dan lorekkan bunga terlalu jarang. Namun ku tak berputus asa dan cubaan kedua ku gandakan adunan agar bhgn bawah tebal sket. oklah not bad tapi skill melorek bunga masih belum tip top. Ahirnya cubaan ketiga, alhamdullilah menjadi. Tp dah malas nak amik gambar dah. Gambar yg dipamerkan adalah dari cubaan kedua ku.



(Resepi from MakLang Kitchen)

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar masak sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 15minit.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening -1 sudu besar

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

Monday, September 22, 2008

Biskut Pandan Sweet

Photobucket
Biskut Pandan Sweet

Bahan A

200 gm Mentega

40gm shorthening

180 gm gula castor

1/2 tsp garam

1/2 tsp perisa pandan

1/4 tsp pewarna hijau

1 biji kuning telur

Bahan B

280 gm self Rising Flour

50 gm tepung jagung

50 gm tepung hong kwee

3 tbs horlicks

50 gm kelapa kering (kisar halus)

Bahan Hiasan

Kuning telur

kuaci Hijau

Gula hiasan hijau

Cara menyediakan

1. putar bahan A hingga sebati. masukkan semua bahan B ke dalam adunan mentega dan gaulkan sebati.

2. canai doh dan terap ikut acuan. sapukan dengan kuning telur. letakkan kuaci hijau dan taburkan dengan gula hiasan hijau

3. Bakar pada suhu 150 C selama 15- 20 minit.


Thursday, September 18, 2008

Farewell Azra dan Nazri

Sedeynya lepas nie tak dpt lagi bersama-sama dgn diaorg sbb Azra akan menamatkan kontraknya dan Nazri akan berpindah ker Kelantan. Farewell nie buat beberapa hari sebelum Ramadhan, kira2 jamuan nak sambut pose lah gak. Sempena farewell nie buatlah cuppies utk dimakan. Ini 2nd time buat decorate cupcake, yg 1st masa adik ipar kawen tapi masa tu busy tak sempat nak tangkap gambar dan ini kali kedua. Kira boleh lah ye tak??? Bak kata Nina janji makan. hehehehe
Photobucket
Azra punyelah sedey sampai tak leh nak bagi speech, biasalah pompuan memeang emotional, dulu aku masa pindah ke KL pon takleh berkata-kata, airmata jer yg meleleh.. syahdu siottt...
oklah layan gambar2 masa farewell nie.
Azra sedey tak terkira. siap lari lagi bila kena bagi speech
.
Nzri relex jer. Org lelaki memang bijak cover perasaaan diaorg atau ke memang takde perasaan.. hehehe ampon.

Antara makanan yg ada. satay, coklet cuppies yg tak sempat ko solek, roti jala..

Monday, August 25, 2008

Zoo Negara

Photobucket

Dah lama betul tak pergi ke Zoo nie.. seingat aku last pon masa study dolu-dolu.
cuti sekolah baru nie, aku pon menyibuk2 memeriahkan lagi zoo negara walaupun anak tak sekolah lagi, bleh jer pegi hari biasa tp aku nak gak gie time cuti sekolah.
Tapi yg tak berapa bestnya hujan sepanjang hari, lebih bayak masa dihabiskan pusing2 naik zoo punye transport drpd jln kaki, malas woo..leceh hujan.
Photobucket

Ahad oh Ahad

Walaupun hari nie hari Ahad, hari yang biasanya melepak-lepak dan bangun lewat, tapi hari ini terpaksa bangun awal sebab kena menghantar adik ipar ke Hentian Bas Jalan Duta. Hari ni cuti sekolah berakhir dan adik ipar nie nak balik semula ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Tapi dalam nak cepat2 pergi ke Hentian Bas adik ipar telah terbawa kunci rumah kami bersama balik ke Kolejnya:(. susah lah mcm nie.. kunci umah tinggal satu jer. Malam sebelumnya bakarkan Peach Tart untuk adik bawa balik ke kolej nya... kakak ipar buat2 rajin :). Nak jaga reputasi..

Lihat lah aksi Nina menikmati Peach tartnya... sedap mama. sampai comot2 mulut makan tart nie. tapi Nina tak suka peach dia nak cream shj tanpa peach.

Selepas hantar adik ke Hentian Bas Jln Duta, kami pon pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Dah alang2 keluar, aku pon amik kesempatan memujuk cik Abg utk gie ke sana dgn alasan nak beli cabinet drawer utk kemas stor. harga drawer tu murah jer tp kitaorg abis sampai RM 500 dok beli benda yg merepek2. Tulah sapa suruh jalan2 carik pasal :)

Nina pulak seronok dibawa ke Carrefour sbb boleh main permainan yg dia suka. Sampai tergolek2 pon dia tak kesah dan tak menangis.

Malam setelah menjamu selera ala-ala Western gitu, Kami pun memulakan mission immpossible kami iaitu mengemas stor. Stor nie memang sejak pindah tak penah kemas, kalau ada barang yg tak perlu atau bersepah, semua disumbat distor. kalau stor tuh boleh berbunyi memang dah lama kena tegur tuan rumah nie... Nasib ko ler stor.. sapa suruh jadi stor.

Ini ler hasil barang2 atau sampah2 yg selama ni kami sayang nak buang dan terperap dalam stor kami. Dalam pada tuh banyak gak barang2 yg cik Abg suruh dermakan shj memandangkan kami pun tak guna.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails