Wednesday, September 22, 2010

Bersama Dato' Siti

Tak sangka dapat jumpa Dato' Siti bersama Dato' K kat The Garden Mid Valley. Ini 1st time dapat jumpa Siti secara face to face and in person. Siti memang peramah dan tak sombong dgn peminat, siap wish selamat hari raya kat aku lagi. Pertemuan ni adalah tak sengaja, aku memang ada seminar kat situ dan Siti pulak ada urusan bisnes simplysiti kat hotel yg sama.

Dato' K pun spoting bila diajak gambar sekali, ok jer... cuma Dato' Farid (Tv 3) malu bila kami ajak gambar sekali. Wajah Siti n hubby memang berseri-seri n gebu..rasa nak cubit-cubit jer pipi dia.. so cute. Aku nie takde lah die hard fan Siti tapi syok jugak dapat bergambar dan jumpa secara live and free dgn Diva no 1 Malaysia. peluang macam ni bukan selalu dapat kan... tapi sayang hari tu aku tak pakai baju raye n tak touch up muka..yelah mana nak sangka nak jumpa Siti kan... Pergi seminar tu pun sebab gantikan member yang tak dapat pergi sebab anak dia demam.. memang dah rezeki aku nak jumpa Siti..hehehhehe. Jgn jeles yea...hahahahahah

Salam Lebaran 2010

Selamat hari raya aidilfitri, walaupun dah raya ke berapa tapi kan raya sebulan, so rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam lebaran kepada semua pengunjung blog yg dah lama tak update ini, maafkan jika ada terkasar bahasa atau entry yg menyakitkan hati, atau resepi yg diambil tak menjadi. Moga perkenalan kita di alam maya mahupun di alam nyata terus mekar berpanjangan. Harap dapat berjumpa lagi di lebaran yang akan datang..Aminnnn

Tahun nie tema kami hijau, sejuk mata memandang, pening jugak kepala memikirkan warna tema setiap tahun. Jika ada kelapangan dan tersesat ke Rawang, singgah ler ke teratak kami. Kuih raye ada ler 2-3 jenis yang buat sendiri, selebihnya beli jer, tahun nie takde mood sgt nak buat kuih raya. Tahun nie juga kali pertama kami beraya dirumah sendiri di satu syawal. oklah Selamat hari raya...dan berhati-hati dijalan raya.. boring kat TV asyik tayang citer hantu jer raye2 nie kan.....

Tuesday, August 17, 2010

Kuey Teow Ladna

Puasa kali ni Mak nak makan mee yg berkuah-kuah jer time iftar, takmau makan nasi. En hubby pulak seperti selalu cuma nak jemput2 jer sepanjang iftar bulan ramadhan. Tapi yang agak pelik bazar ramadhan tahun ni banyak jual lauk, air dan kuih muih jer, jenis yang mee2 ni kurang. Kalau ada pun mee sup, takkan nak bagi mak makan mee sup jer? Mak pulak request nak mee kari ler, mee jawa ler, mee bandung ler, mana aku nak cekau. Ada sekali tu belikan mak laksam, boleh pulak bila sampai rumah kuah laksam hilang ntah ke mana. Kesian mak takde benda nak makan, last2 mak makan mee maggie jer...sori mak. Hari ni tiba rumah awal sikit dan buatkan mak mee ladna ni...

Bahan-bahan:-
  • 1 bungkus kuey Teow
  • 100 gm sotong
  • 100 gm udang
  • 100 gm isi ayam
  • 1 pokok sawi
  • lobak merah
  • 1 ketul kiub ayam
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 5 ulas cili padi diketuk
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mee dan kicap pekat. Kacau hingga sebati dan masak selama 2 minit. Angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak lagi, tumis bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sawi, lobak merah, ayam, udang,sotong stok ayam dan air secukupnya.
  4. kacau hingga rata, masukkan garam.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih.
  6. Tuangkan atas mee dan sedia utk dihidangkan.

Monday, August 16, 2010

Buah Melaka

Setelah ku pikir-pikir, ku telek sana dan sini akhirnya kuih ini terpilih utk menu berbuka pose di hari Sabtu. Senang dan mudah, main course adalah nasi ayam tp malas nak update kat sini. Memandangkan tak penah letak lg resepi buah melaka kat sini, aku pun letaklah.. boleh le kawan2 yg lain mencubanya..

KUIH BUAH MELAKA
-Hjh Noraini

Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung pulut (apa-apa brand pun boleh)
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, August 15, 2010

Puding Roti Sos Kastad

Salam Ramadhan.... amacam puasa setakat ni? Ada ponteng ker? Ponteng terpaksa takper..jgn sengaja pulak takmo puasa..rugi...tak sama mcm puasa dibulan lain. wokey lah ni adalah pencuci mulut utk 1st day iftar tu hari, tak sempat nak upload baru hari nie berkesempatan. Ingat nak letak hari Sabtu, tapi takde karen (elektrik) pulak dari kul 11.00 pg sampai kul 4.00 ptg..nasib baik cuaca tak berapa panas sangat. TNB sdg buat kerja2 penyelenggaraan, takpelah utk kepentingan bersama. Dah lama simpan resepi ni, asyik tertunda jer nak buat dan akhirnya berkesempatan gak nak buat pada bulan ramdhan ni..
Resepi amik dari MyR yg baru jer sihat setelah ada masalah teknikal, suka hatirase nya bila MyR dah ok, senang sikit nak cari resepi utk iftar n sahur. Thanks Yani n family. Jom kita layan resepi dari Maya Zakry @MyR...cuma tuk kuah saya campur dgn krim jagung sket...

Bahan A
  • 500ml susu segar
  • 8 keping roti
Bahan B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sb butter dicairkan
  • 2 biji telur ayam
  • 1 st esen vanila
  • 1 sb tepung jagung
  • 1sb serbuk kayu manis, n serbuk buah pala (tak letak)
Bahan sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sb gula
  • 2 sb tepung kastad
  • 3 sb jagung krim
Cara-caranya:-
  1. Hancurkan/koyakan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. kacau dan gaul rata bahan B
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama bahan A yg telah direndam tadi.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit/ hingga masak. Sejukkan sbelum masuk peti ais.
  5. Utk sos kastard, gaulkan bahan sos dan masak atas api sederhana sbentar (jgn sampai pekat sbb nanti bila sejuk akan pekat sendiri).
  6. Tuangkan atas roti semasa menghidang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails