Monday, August 16, 2010

Buah Melaka

Setelah ku pikir-pikir, ku telek sana dan sini akhirnya kuih ini terpilih utk menu berbuka pose di hari Sabtu. Senang dan mudah, main course adalah nasi ayam tp malas nak update kat sini. Memandangkan tak penah letak lg resepi buah melaka kat sini, aku pun letaklah.. boleh le kawan2 yg lain mencubanya..

KUIH BUAH MELAKA
-Hjh Noraini

Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung pulut (apa-apa brand pun boleh)
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

nursalamah said...

adakah ini sama dengan ondeh2

Sidratul Muntaha said...

ari minggu jerlah gamaknya dapat buat..
huuuuuuu..

Jamie said...

Nursalamah..sama kot.
Tp ada gak org panggil kuih yg salut bijan inti kelapa tu dgn nama ondeh2...

Jamie said...

Sidratul Muntaha... betul tuh..hari minggu jer sempat nak buat kuih muih nie. hari biasa kuih tunjuk ajer lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails