Tuesday, November 2, 2010

Shepherds Pie


Sekarang sedang agak sibuk training MV di tempat keja so masa nak update blog pun agak terhad. Bila balik pun dah keletihan. Amik resepi dari Blog Chef dan juga novelis tersohor Chef Norzailina Nordin, dah lama teringin nak buat pie ni, ada gak org panggil cottage pie, tapi tak kisah lah yg penting sedap dimakan, yea tak? oklah jom layan resepi..

Bahan-bahan:
  • 40 gm majerin
  • 1 labu bawang besar, cincang
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk
  • 400 gm daging cincang
  • ½ biji cili Benggala hijau }
  • 200 gm lobak merah } dadu
  • 100 gm salderi }
  • 1 camb herba campuran
  • 1 tin tomato (425 gm), kisar
  • Garam secukup rasa

Bahan Atas:
  • 70 gm mentega
  • 800 gm ubi kentang, rebus & lecek
  • 100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
  • 2-3 camb susu cair
  • Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya:
  1. Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
  3. Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
  4. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).
  5. Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
  6. Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
  7. Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan.

Wednesday, October 27, 2010

Ikan Masak Sweet Sour

Jom layan menu ringkas malam ni, ikan gerut masak sweet sour, ni 1st time beli dan masak ikan gerut ni, rasa dia not bad..tentunya rasa ikan lah kan. Apa lagi jom makan...

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 biji cili api- kalau nak letak cili merah hiris nipis2
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1/2 biji timun potong dadu, buang empulur
Garam dan gula secukup rasa
minyak
kalau suka boleh campur nenas atau mix vege

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.
7. Boleh hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, October 25, 2010

Happy Birthday Hubby...

Ada tak gaya ala-ala En Kenny

Sepatutnya entry ini dibuat pada hari Sabtu 23 Oktober 2010 tapi sebab mood nak menghapdet dah hilang masuk ke laut, so Jamie buat jer hari ini sebagai tanda kenang-kenangan di hari kemudian.

Tak de lah special benar sambutan birthday hubby tahun ini (mcm ler tahun lepas2 buat grand heheheheh) kami sekeluarga cuma keluar makan di Kenny Rogers kat Giant Kota Damansara. Memula ingat nak beli sebiji kek kat kedai resepi rahsia tapi bimbang tak habis (takut aku yg pulun sorang jer..) so aku beli sepotong jer kek choc indulgance. Tu pun hubby tak sempat jamah sebab anak2 dah bedal dulu..hehehehehe..biasalah papa kena beralah pada budak2 dan mak budak. Kami oder sekor ayam black paper bersama 4 jenis muffin, dan 4 bowl side dishes- pasta salad, fruits, mashed potato, mac n cheese dan juga 1/4 ayam smoked BBQ for en hubby.
Ala-ala Charlies Angle tak cukup korum

Oklah Selamat Hari Lahir Sayang moga Abang menjadi suami yang soleh, suami yang mithali yang menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi Papa yang terbaik untuk anak-anak kita dan moga Allah panjangkan umur Abang dan beri kesihatan yang baik kepada abang, moga kehidupan kita sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah..Amin

Mak pun nak enter-frame gak-ingat korang jer nak glemer

Air utk Nina- Carbonated Strawberry + ice cream Strawberry

Smoked BBQ Chicken for en hubby

Tuesday, October 19, 2010

Steamed Chocolate Cheese Brownies

Amik resepi ni dari blog Kak Wan yang memang terkenal dgn pelbagai resepi masakan dan gambar2 yang menarik. Yelah org kata dari mata turun ke hati, dari mulut turun ke perut (ada ker..pandai2 aku jer), sebab terpikat tgk gambar brownies ni kat blog dia lah maka aku pun berkobar2 nak try. Lagipun mmg dah lama tak godek2 kek kat dapur, cheese pun dah nak expired, cooking coklat lebih buat almond london masa bulan pose itu hari pun dah mcm nak berkulat. tapi sepatutnya cheese ni duk kat tengah, kira cam layer lah tapi aku terbubuh bhgn ceklat terlebih kat bhgn bawah so tak sempat ler nak layer dah penuh loyang..hehehehe..so kalau nak tgk gambar yg betul, pi ler blog Kak Wan.... aku memang suke cheese lebih...yummy!

Bahan-bahan

180gm mentega
360gm coklat masakan
150gm gula perang
5 biji telur di pukul ringan
115ml susu segar
330gm tepung gandum
90gm serbuk koko
2 tsp baking soda

Krim Cheese
250gm cream cheese
60gm gula kaster
2 biji telur

Hiasan : coklat masakan putih/hitam di cairkan secara double boiler- tak buat pun... malas...


Cara-cara
1. Alas loyang 9" empatsegi dengan kertas minyak. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baking soda.
3. Cairkan mentega dan coklat masakan secara double boiler. Angkat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut. Masukkan telur dan susu, gaul rata.
4. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking soda. Sebatikan hingga rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
5. Adunan krim cheese : Pukul krim cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga licin.
6. Tuang 1 bahagian brownies ke dalam loyang dan ratakan, kukus selama 15 minit.
7. Angkat dan masukkan adunan krim cheese di atas adunan yang di kukus tadi, ratakan, kemudian kukus selama 10 minit.
8. Angkat dan tuangkan baki adunan brownies, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus dengan api yang besar selama 30 minit atau apabila di cucuk tidak melekat pada lidi.
9. Sejukkan kek, dan hias dengan coklat putih dan hitam atau yang di sukai.

Monday, October 18, 2010

Masak Lemak Tempe Busuk

Pernah rasa atau dengar tak org masak tempe busuk? Ni salah satu lauk kegemaran emak. Hari tu nyaris2 aku nak buang tempe busuk dlm peti ais, mak kata kalau masak lemak cili api tempe busuk campur pucuk ubi memang sedap. Aku memang tak penah makan, so aku suruh mak demo camner cara nak masak (alasan malas nak masak..hehehe). Siap pesan jgn masak banyak2 nanti takde org nak makan. Ambik ko bila dah siap masak tak cukup pulak semua berebut nak makan. so minggu nie kena buat lagi sekali dan buat banyak2, tamak ko....resepi nanti aku letak yea...bye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails