Monday, April 13, 2009

Syahmi is Two Years Old


Sabtu, 11hb April 2009 umur Syahmi genap 2 tahun. Selamat hari lahir sayang.... Mama doakan Syahmi jadi anak yang soleh, anak yg berguna kepada agama, bangsa dan negara, moga Syahmi sihat selalu. Masa nie kakak dia yg lebih-lebih request mengalahkan birthday boy, siap dah plan utk birthday dia nanti nak buat kat school dgn kawan-kawan. Syahmi pulak punyelah aktif pada hari nie.. penat sungguh mama nak melayan, tumpahkan softlan sebotol dalam mesin basuh... bila mama menjerit lari pulak keluar rumah mengerjakan pokok tomato mama yg baru nak hidup.. habis dicabut-cabutnya.. lepas tu tumpahkan pulak maggie semangkuk.. hyperactive.. mentang-mentang lah dah 2 tahun.. dah rase besar ler tuh.. bila kena marah pandai pulak buat muke sedih.. nangis2 peluk kaki mama...
Nina sempat lagi menyakat adiknya masa birthday tu.. ala-ala jeles gitu... dah tu tak abis-abis wish "Selamat hari Jadi Adik" berulang-ulang kali sampai naik muak adik dibuatnya.
Untuk birthday Syahmi mama buatkan khas Rasberry Kek untuk Syahmi. Tapi sayang Syahmi tak berapa gemar sebab ada rase masam-masam dari rasberry terpaksa mama yg makan lebih hehehhehe...

Saturday, April 11, 2009

Kek Pisang



Bila tengok org buat kek pisang aku pun teringin gak nak cuba.. Ghupa dah ok cuma rasenya ader a bit weird. Agaknya ada yg aku terlebih bubuh nie.. maklumlah masa tu 2 jenis kek sekali buat.. kek nie dan apple kek yg memang menjadi pujaan hatiku...
so resepinya takyah bubuh ler.. kalau aku try lagi dan menjadi.. barulah leh share resepi.. sekarang nie jamu mata jelah...

Tuesday, April 7, 2009

Sakit & Hadiah

Sejak dari weekend lepas, tekak dah mula perit-perit jer.. panas dalam nie, malam tadi dah start selsema dan susah nak bernafas dan pagi nie ku gagahkan juga pergi kerja... Namun kecundang juga akhirnya..dah takleh tahan nie.. kena amik MC gak.. maka aku pegi ke klinik Dr. Normah, macam-macam ubat diberinya, ubat demam, selsema sakit tekak dan antibiotik dan MC..



Tapi balik dari klinik aku tak terus balik umah,banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan, pegi bank, pegi tailor utk tempah baju yg dah berkurun dibeli, pegi KCF dgn harapan nak beli tabung yg bila masukkan duit ada melodi tuh... tapi hampeh tabung tu dah abis. Tak dak rezeki aku ler..
Lepas tu terus pegi Pejabat pos laju untuk amik barang yg dah berzaman kat situ. Barang nie adalah kiriman Cik Mat Gebu salah seorang blogger yang terkenal kerana kepakarannya dalam bidang masakan. Aku selalu jengah blog dia tapi tak tinggal jejak pon.. tp satu hari tuh dapat ilham tuk jd follower blog dia dan aku secara kebetulan jadi follower yg ke-200 dan Cik Mat berhajat nak bagi hadiah Banyak sungguh rintangan sebelum hadaiah tu dapat ke tangan aku. Bila Cik Mat minta address umah aku pun terus bagi dengan senang hati tanpa pikir mana ada org kat umah yg boleh terima hadiah tu time weekdays.. seronok sgt nak dapat hadiah ler katakan. So bila org hantar cuma dpt kertas jelah reminder soh amik mulai esok... aku pon berkobar-kobar nak amik dan simpan kertas tu dlm dashboard keta.. tp ntah camner anak aku buat main dan kertas tu hilang.. tapi aku gamble jer serbu pejabat pos tuh.. namun tutup lah pulak sbb sabtu minggu pertama..
dan hari nie 2nd attempt ku berjaya walaupun tanpa kertas tersebut. Mekasih ler staf yg kat pejabat pos tu yg sudi selongkar semua tmpt utk cari hadiah tersebut. Hadiah nya adalah...jeng..jeng..jeng...




Buku pastry dari Alex Goh.. Mekasih banyak yea Cik Mat... Gembira sungguh.. dapat buku free ler katakan.. Terima kasih daun keladi...

Sunday, April 5, 2009

Donut

Hari cuti-cuti nie terlebih rajin lah pulak nak memasak. Nak bangun lewat tak bleh sebab budak-budak dah bangun awal dan start memekak. Maka nak tak nak terpaksa bangun lah jugak. Sarapan pagi buat heavy sket hari nie.. Nasi lemak.. Hubby dah komplen sebab dah lama tak buat nasi lemak.. Last week mak mertua dtg siap bawak nasi lemak dari kampung.. So minggu nie terpaksa buat lah juga.. gambar nasi lemak tak yah lah amik.. untuk makan tengah hari, lauk nasi lemak masih ada lagi (sambal ikan bilis dan udang goreng tepung), just masak nasi putih jer. untuk minum petang buat donut dan sponge kek. Lepas asar pergi rumah baby sitter anak utk ajar dia buat puding pelangi.. Untuk dinner masak lauk ikan tenggiri masak pecal ( lebih kurang lemak cili api tapi campur cekur). Hubby senyum jer.. kenyang perut suka hati...



Lihatlah donutku yang gebu dan menawan nie.. mula-mula plan nak buat topping macam-macam.. tapi sbb dah kesuntukan masa sebab nak pergi umah baby sitter maka letak gula kastor jelah... Resepi donut amik dari myresepi oleh Hasue. Mekasih yea Hasue..

Bahan-bahan

* 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
* 1 Peket Yis Segera-11gram
* 50g Marjerin
* 1 Sudu makanShortening
* 2 Sudu mkn gula pasir
* 2 Sudu mkn Susu Pekat /Susu Tepung
* 1 Biji Telur
* 1/2 Sudu Teh Garam
* Gula Halus atau topping kegemaran anda
* 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan.
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Kek Kukus Prun

Buat kek ini sempena jamuan kesyukuran bagi kenaikan pangkat beramai-ramai baru-baru nie dan juga majlis perpisahan seorang staf yang akan berpindah balik ke kampung halaman di Kelantan atas permintaan sendiri. Gambar semasa majlis tak dapat nak tangkap sbb lupa nak bawa kamera masa tu..
Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku buat kek ini. Rasanya boleh tahan, tidak terlalu manis dan agak lembab.. memang best ler.. Terima kasih Leen untuk resepi kek yang sedap dan tak cepat muak.



KEK KUKUS PRUNE LEEN
Sumber : Leen Omar of RNet

Bahan-bahan:
250gm butter
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula caster
1/4 tin besar susu pekat manis
5 biji telur
20 biji buah prunes, diblend halus dgn 100ml air
(Guna Sunsweet pitted prunes)
5 biji buah prunes, dihiris kasar

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putar butter, gula halus dan susu pekat hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Masukkan prunes yg dikisar halus.
5. Kaup balikkan tepung. Jangan terlebih putar.
6. Masukkan prunes yg dihiris kasar.
7. Gris loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas grease proof.
8. Tuangkan adunan dan letak beberapa biji prunes di atas adunan sebagai hiasan.
9. Kukus selama 1 1/2jam.
** Balut tutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kek.
10. Biarkan kek sejuk seketika sebelum dipotong.



Gambar kek yang telah dipotong.. Prune tu sepatutnya duk kat ats tapi lepas kukus mendap plak kat bawah.. walau camner pon tetap sedap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails