Thursday, March 31, 2011

36 minggu 5 hari dan detected with Placenta Previa

Gambar ihsan dari mayoclinic

Salam semua, lama dah tak bersiaran. Hari ni takdelah nak citer pasal masak-masak sebab dapur dah jarang berasap oleh kerana dah tak larat dan tak sempat nak jengah ke dapur. Kalau jengah pun setakat nak minum air masak dan buat air teh 0 jer. Cuma hari ni nak share rasa yg terbuku dihati. Petang tadi pi monthly check up mengandung seperti biasa tapi yg bezanya hari ni dari segi result, Dr kata aku ada placenta previa type II or III yang mana peluang nak bersalin secara normal adalah tipis. Dengan erti kata lain aku kena bersalin secara C-section atau pembedahan kata org melayu.

Placenta previa ni maksudnya uri berada dlm kedudukan yg sgt rendah, sepatutnya uri berada dibahagian atas tp kali ni uri sgt rendah dah hampir menutup pintu servik (nak gambaran jelas refer pada pict kat atas). Dr kata aku terpaksa bersalin dihospital kerajaan sebab di hospital kerajaan bekalan darah ada byk dan kalau tak cukup boleh minta dari hosp lain berbanding dgn klinik dia yg ada bekalan darah yg terhad. Dr tak mahu amik risiko, klinik dia cuma ada lebih kurang 2.5 L jer dan aku perlukan lebih kurang 4 L. Dr kata ada patient dia yg direfer ke PPUM memerlukan lebih kurang 10L darah. Bila dgr mcm tu naik kecut perut dibuatnya. Aku minta Dr buat referral letter ke hospital kerajaan dan esok aku aku jumpa dgn pakar di hosp kerajaan utk tau lebih detail lagi.

Kebanyakan kes akan ada bleeding bila dah masuk trimester ke tiga ni, tp alhamdulillah aku so far takde lagi. Cuma kerap bleeding diawal kehamilan maybe tu juga satu petanda. Nak kata baby besar sgt takdelah sgt sbb dr kata berat baby baru 2.8 kg jer, kalau nak banding kakak n abg dia dulu 3.6 dan 3.5 kg. Kawan yg ada pengalaman pasal placenta previa ni boleh lah share. Sangat berdebar ni.... Doakan yang terbaik utk saya dan moga Allah permudahkan segala urusan serta selamatkan saya dan baby. Amin. Kat bawah disertakan apa maksud type I-IV..

Placenta previa is classified according to the placement of the placenta:

Type I or low lying: The placenta encroaches the lower segment of the uterus but does not infringe on the cervical os.
Type II or marginal: The placenta touches, but does not cover, the top of the cervix.
Type III or partial: The placenta partially covers the top of the cervix
Type IV or complete: The placenta completely covers the top of the cervix

8 comments:

nOOrsha said...

salam dear..
turut simpati baca kondisi u n baby skang ni..tp dont worry, ikut nasehat doktor n tawakal banyak2 yer..insyaallah both mummy n baby selamat.....

Hafiy said...

salam jamie..
hopefully sume akan ok nanti..doa banyak-banyak.

Jamie said...

Thanks Ah n Noorsha..

Harap2 semuanya ok.. bila pegi jumpa pakar kat gov hsptl kata lain pulak...
tp rasa dah tenang n lega sikit...

Hafiy said...

mujo la kalu gitu ..Alhamdulillah.

Ummu Shakir said...

Salam Jamie,

Sydah 32 weeks, diagnosed with PP type II. Anak kedua. Anak first immergency ceaserian sbb fetal distress. mmg teringin sgt nak bersalin normal. sama-samala kita berdoa. Insya Allah dipermudahkan.

Sangeeta Chaubal said...

shouldn't there be translation for others who wish to read such foreign blogs..

mama ct said...

assalamualaikum,

salam perkenalan...

saya pun Dr detect placenta previa type II posterior masa 33 minggu...dan baby pun kedudukan nya traverse ( melintang)...

jadi memang dah ada tarikh utk csect....sebab dia cakap peluang nak naik tu memang tipis sgt2 lah....ini anak no 3..yg lain semua normal..so..rasa sgt takut dan sedih lah....

Tapi itu lah..manusia memang tak berkuasa...mereka boleh menjangka..but everything is in Allah's hand...jgn risau...doa banayk2...solat hajat...minta ahli keluarga doakan yg terbaik untuk kita dan anak...

Saya buat repeat scan setelah 4 minggu...dan Subhannallah...placenta yg dulu tu posterior (belakang)..jadi anterior(depan) dan dah naik tinggi...kemudian baby pun dah duduk dalam keadaan chephalic ( menongging kebawah)...

jadi dah cancel tarikh OT...tunggu normal delivery... kuasa Allah...siapa lah manusia nak mengubahnya...:)

jgn stress dan sentiasa igt yg plan Allah itu sentiasa terbaik untuk kita...walau kadang2 kita rasa sedih...but...there is always hikmah yg Allah janjikan...:)

Allah make it easy on us..Amin...

AIS said...

Salam.. sy pon same type 2 posterior.. lg 4minggu akan repeat scan.. mudah2an ade rezeki untuk uri naik sama mcm awk.. amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails