Tuesday, August 17, 2010

Kuey Teow Ladna

Puasa kali ni Mak nak makan mee yg berkuah-kuah jer time iftar, takmau makan nasi. En hubby pulak seperti selalu cuma nak jemput2 jer sepanjang iftar bulan ramadhan. Tapi yang agak pelik bazar ramadhan tahun ni banyak jual lauk, air dan kuih muih jer, jenis yang mee2 ni kurang. Kalau ada pun mee sup, takkan nak bagi mak makan mee sup jer? Mak pulak request nak mee kari ler, mee jawa ler, mee bandung ler, mana aku nak cekau. Ada sekali tu belikan mak laksam, boleh pulak bila sampai rumah kuah laksam hilang ntah ke mana. Kesian mak takde benda nak makan, last2 mak makan mee maggie jer...sori mak. Hari ni tiba rumah awal sikit dan buatkan mak mee ladna ni...

Bahan-bahan:-
  • 1 bungkus kuey Teow
  • 100 gm sotong
  • 100 gm udang
  • 100 gm isi ayam
  • 1 pokok sawi
  • lobak merah
  • 1 ketul kiub ayam
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 5 ulas cili padi diketuk
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mee dan kicap pekat. Kacau hingga sebati dan masak selama 2 minit. Angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak lagi, tumis bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sawi, lobak merah, ayam, udang,sotong stok ayam dan air secukupnya.
  4. kacau hingga rata, masukkan garam.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih.
  6. Tuangkan atas mee dan sedia utk dihidangkan.

Monday, August 16, 2010

Buah Melaka

Setelah ku pikir-pikir, ku telek sana dan sini akhirnya kuih ini terpilih utk menu berbuka pose di hari Sabtu. Senang dan mudah, main course adalah nasi ayam tp malas nak update kat sini. Memandangkan tak penah letak lg resepi buah melaka kat sini, aku pun letaklah.. boleh le kawan2 yg lain mencubanya..

KUIH BUAH MELAKA
-Hjh Noraini

Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung pulut (apa-apa brand pun boleh)
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, August 15, 2010

Puding Roti Sos Kastad

Salam Ramadhan.... amacam puasa setakat ni? Ada ponteng ker? Ponteng terpaksa takper..jgn sengaja pulak takmo puasa..rugi...tak sama mcm puasa dibulan lain. wokey lah ni adalah pencuci mulut utk 1st day iftar tu hari, tak sempat nak upload baru hari nie berkesempatan. Ingat nak letak hari Sabtu, tapi takde karen (elektrik) pulak dari kul 11.00 pg sampai kul 4.00 ptg..nasib baik cuaca tak berapa panas sangat. TNB sdg buat kerja2 penyelenggaraan, takpelah utk kepentingan bersama. Dah lama simpan resepi ni, asyik tertunda jer nak buat dan akhirnya berkesempatan gak nak buat pada bulan ramdhan ni..
Resepi amik dari MyR yg baru jer sihat setelah ada masalah teknikal, suka hatirase nya bila MyR dah ok, senang sikit nak cari resepi utk iftar n sahur. Thanks Yani n family. Jom kita layan resepi dari Maya Zakry @MyR...cuma tuk kuah saya campur dgn krim jagung sket...

Bahan A
  • 500ml susu segar
  • 8 keping roti
Bahan B
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sb butter dicairkan
  • 2 biji telur ayam
  • 1 st esen vanila
  • 1 sb tepung jagung
  • 1sb serbuk kayu manis, n serbuk buah pala (tak letak)
Bahan sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sb gula
  • 2 sb tepung kastad
  • 3 sb jagung krim
Cara-caranya:-
  1. Hancurkan/koyakan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. kacau dan gaul rata bahan B
  3. Tuangkan ke dalam loyang bersama bahan A yg telah direndam tadi.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit/ hingga masak. Sejukkan sbelum masuk peti ais.
  5. Utk sos kastard, gaulkan bahan sos dan masak atas api sederhana sbentar (jgn sampai pekat sbb nanti bila sejuk akan pekat sendiri).
  6. Tuangkan atas roti semasa menghidang.

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam ... jadikan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir....
Ampunkan segala salah dan silap saya.
Marilah sama-sama kita berebut dan berlumba-lumba untuk beramal dan beribadah dalam bulan yang penuh mulia dan barakah ini. Jangan lepaskan peluang yang ada..
Renung-renungkan dan selamat beramal....

Tuesday, August 10, 2010

Tart buah dan Cistat

Citer yg agak dah basi..tp tak sempat nak publish kat sini. Aktiviti membuat cistat dan fruit tart. Aku buat dlm 200 biji sampai sekarang ada lebih lagi kulit dia tersadai lam peti sejuk..nanti ler bebila rajin aku sambung balik..hehehhe
Sapu ngan coklat tak mau bagi pastri dia lemau..kunun jerlah.. tp its work! kalau rajin ler...
Kastad yg tercair.. takde bentuk langsung...malas nak kacau lelama atas api
final results...letak buah, kiwi, anggur n peach jer...
Cistat dgn lorekan yg menyakitkan mata memadang tp sedap ditekak... abaikan rupa yg cam x jd itu..

Monday, August 9, 2010

Jom Tengok Kuda

Bersama anak kuda, sesi memanaskan badan sbelum gambar dgn kuda yg besor...hihihi
Dua beradik yg buat2 berani bila suruh posing dgn kuda.
Setelah 2 minggu berturut2 ada acara di 3Q tapi kami tak berkesempatan nak pegi..namun minggu nie kugagahkan juga bawak anak2 ke sini sebab dah janji. Syahmi sampai panggil kuda tu lembu..sian anak aku. Rumah kami dekat je dgn tempat kuda nie, lebih kurang sepelaung (tipu jer tu).. agak2 dlm 5 minit naik kereta. Ada pertandingan kuda kat situ, banyak negera luar dtg join, sambil2 tu diaorg buat pertandingan memancing kat tasik disitu dan jemput anak2 yatim dari 3 buah asrama yg berbeza.
Macam2 rupa kuda ada, yg hensem (kuda ada hensem ker?), maksud aku mcm2 kaler ler, hitam, putih coklat, kelabu, kelabu asap etc... semua posing tak ingat bila nak kena amik gambar... control macho ler tu...
Ni gambar semasa perlawanan berlangsung, awek dari New Zealand. aku bukan tau sgt camner cara diaorg adili perlawanan ni.. ikut masa sapa paling pantas habiskan semua palang2 ni tanpa ada kayu yg jatuh..kalau jatuh kena penalti masa, agaknya lah kot...hehehehe


Yg lelaki tu Johan ketegori apa dah tak ingat ler...tp menang ler. Sesi amik hadiah, naik kuda gak..
Kuda putih yg buat2 sedih...

Mata Syahmi Bengkak


Salam u ollzz... lamanya tak update blog nie... malas tahap gaban. Bukan tak masak cuma malas nak update jer. Minggu nie mesti ramai org berduyun2 pakat makan kat luar sbb next week dah puasa. Ah Lan Wa sahlan ya Ramadhan Al Mubarak. Bila tengok mana2 restoren pun penuh jer dgn org bukan kata nak makan, nak parking pun payah, bila dah dpt dapat parking nak kena cari meja pulak dah dpt meja nak tunggu oder amik oder pun lama. tu belum nak tunggu makanan sampai...hehehehe. Tapi sebenarnya bukan nak cite pasal makan, ni nak citer mata anak yg bengkak bila bangun tido, tak tau ler pasal apa, kena kencing lipas agaknya, tapi dah check2 tak nampak plak kelibat lipas kat umah nie, semut banyak ler..ntah ler. Alhamdulillah bila malam dah beransur surut. Mata pun dah boleh bukak sepenuhnya, bengkak dah kurang tinggal sisa2 jer...
Dalam mata gitu2 pun ada hati nak berjalan lagi, sibuk ler org menanya kenapa, dan penatlah mulut nak explain. Thanks ye sebab concern dan bagi mcm2 petua, ada yg soh tekap ngan sirih ler, letak itu ler, ini ler, tp aku tawakal jer dan berharap esok akan baik sepenuhnya...Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails