Tuesday, April 27, 2010

Kerang Goreng Bersambal

Dulu selalu makan kerang gaya gini kat Pantai Sg Lurus, Senggarang Batu Pahat. Sekarang dah lama tak ke situ ntah ada jual lagi ker tak. Mak pun dah teringin nak makan kerang masak camni, Takkan nak drive sejauh itu kalau setakat nak makan kerang nie.. so aku pun main agak2 jer bahan2 dan resepi nak membuat nya.. Jom layan...

Bahan-bahan:-
  • 1 kg Kerang- direbus dan dikopek sebelah kulitnya
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 labu bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sudu besar kacang goreng yang ditumbuk kasar
  • garam & ajinomoto
Cara-caranya:-
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda*.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, sos tomato dan gula
  4. Kacau lagi, masukkan serai dan air asam jawa.
  5. Masukkan kerang dan gaul sebati.
  6. Taburkan dengan kacang tumbuk, gaul2 dan boleh lah diangkat dan dihidang.

2 comments:

geraugebang said...

Fuyooo, sedapnya....nampak memang best...walaupun kita tak suka makan...suatu hari kena masak gak sebab BB suka ni.

Jamie said...

try ler kak Gerau, mesti BB suker...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails