Sunday, March 22, 2009

Puding Pelangi

Buat puding nie untuk dibawa ke rumah anak sedara kepada pengasuh anak-anakku yang bertunang hari nie. Rupanya agak hodoh kerana buat dalam keadaan tergesa-gesa, sbb nak cepat siap, mula-mula elok jer bila dah nak last lapis semakin buruk..hehhehhe, yg pasti rase memang sedap.. resipi di amik dari MyR by K.Alma.. Buat double daripada adunan utk dpt banyak.


BAHAN-BAHAN:-
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan coklat emulco or serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

CARA-CARANYA:-
1). Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2).Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3). Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then tutup api.
4). Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then coklat emulco ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah
5) Sengetkan loyang or pe2 bekas puding sedikit - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
6). Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7). Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk sampai keras.

Cam peta pon ada gak.. bila dah potong dah tak nampak pon yg huduh itu. Tp tak dpt nak tunjuk gambor dah potong sbb dah kena bawak gi umah kenduri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails