Wednesday, March 18, 2009

Nasi Ayam

Dari sehari ke sehari, niat untuk berblog tertangguh kerana masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Masa yg sesuai hanya waktu mlm lepas semua anak2 tido. Tapi 1-2 hari ni asyik tido lambat jer anak-anakku... terpaksa ler dipendamkan niat tsbt. Kalau diaorg ade gerenti berebut semua nak duduk depan PC nie. Malam nie nak cerita pasal apa yg dimasak last weekend. Sebab dah lama tak masak nasi ayam maka weekend ni nasi ayam menjadi menu utama dari mkn tgh hari sampai ke makan malam..hehhehe. Resepi diamik dari Cik Mat dan juga dari MYR dan diolah mengikut apa bahan yg ada kat dapur umah.

Memang buat complete set, ada nasi (of course le), honey roasted chicken, sup, sambal cili and sambal kicap dan tak ketinggalan Kerabu mangga.. konon-konon ala-ala The Chicken Rice shop ler...

Resipi lebih kurang camni ler... memang nampak panjang tp senang jer..

BAHAN NASI AYAM :-
3 cwn beras, basuh dan toskan
3 1/2 cwn sup ayam (resipi sup dibawah)
1 inci halia, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih, diketuk
2 camca butter
Garam secukup rase

BAHAN SUP AYAM
1 ekor Ayam belah 4 dan ambil 1 bhgn dipotong kecil
1 kiub pati ayam "Maggi"
1 sup bunjut Adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji kentang besar, belah 4
1 camca teh lada serbuk lada hitam
Air secukupnnya
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-(Copy dari Cik Mat)
4 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 cawan air
2 keping hirisan nipis halia
4 camca besar cuka makan
3 camca besar gula perang
Garam secukup rasa

BAHAN SOS KICAP (copy dari Quinnie MYR)
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN AYAM*
3 bhgn ayam yg dah ditoskan daripada sup
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
*ditumbuk

*BAHAN LAIN*
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan timun
Hirisan tomato
Daun Salad

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali kentang dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Amik 3 1/2 cawan sup ayam untuk masak nasi. Keluarkan ayam yg 3 bhgn besar dan toskan (Utk dipanggang). Kemudian masukkan kentang dan serbuk lada hitam. Biar hingga kentang empuk dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.

UNTUK NASI AYAM :- Panaskan butter dalam kuali hingga cair. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Gunakan api sederhana. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Tuang sup ayam tadi. Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.


UNTUK AYAM:
Perap ayam dgn halia dan bawang putih yg dah ditumbuk lumat, kicap pekat, cuka, madu dan sos tiram lebih kurang 1/2- 1 jam. Kemudian bakar dlm oven pada suhu 250C sampai garing. Balik-balikkan ayam utk pastikan semua bahagian garing.

UNTUK SOS CILI HALIA:- Kisar cili merah, cili padi, tomato dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan cuka, gula, garam dan halia. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan bersama nasi ayam dan bahan lain.

UNTUK SOS KICAP:-Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.

Kemudian boleh lah dihidangkan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails