Sejak dua menjak ni.. ada-ada yg jadi pada anak bujangku sorang nie. Last week kaki dia kena exzos motor, masak daging kaki dia.. ngeri betul kalau tengok. Tapi bujangku nie boleh buat selamba jer macam tak de apa-apa yang berlaku. Main tetap macam biasa, lasak dan tak reti duduk diam. kalau bubuh ubat pun buat derk jer..lain kali ler aku upload gambar kaki dia yer. kalau kakak dia yg kena sure membebel tak berenti.. jgn kata nak letak ubat, nak tgk pun dia tak beri.
Dah tu pagi nie.. sewaktu aku gopoh gapah nak pergi kerja, dua-dua beradik buat perangai. Kakak takmau pergi rumah babysitter sementara bujangku pon konon-konon nak ikut mcm kakak gak. Tapi takkan nak tinggal dia org berdua kat umah, so aku paksa jer yang bujang pergi umah babysitter dgn aku dan kakak akan pergi dgn hubby. Sepanjang perjalanan bujangku asyik nak bukak pintu kereta, nak protes ler tuh.aku kepit dia smpi ler kat umah babysitter. Dah sampai sana tak sabar2 pulak dia nak turun sendiri, aku pun biarkan jelah, sbb aku tghh sibuk amik beg baju diaorg, ntah mcm mana dia boleh terjatuh dan kepala dia terentak kat batu jalan. apa lagi melalak la dia dan aku dgn paniknya menerpa ke arah bujangku dan terus dokong dia. Bujangku menangis tak reti diam.. aku pun pelik apsal la dia nie.. selalu hero sgt.. baru aku terperasan tgn aku dah penuh darah. Rupa-rupanya kepala dia dah berlubang dan darah tak berenti mengalir.. gabra giler, babysitter plak dah mcm nak pitam, terkejut tgk darah berlambak. aku tekap dgn tuala sampai darah berenti dan tenangkan bujangku supaya berenti menangis. Bila darah dah berenti aku sapu ubat dan bagi dia susu. Lambat ler aku sampai kerja pagi nie..merah ler punch card. semerah darah yg kena kat tudung dan tangan aku.
Kesian bujangku...jgn ler nakal-nakal sgt. sikit-sikit dah ler.. mama doakan syahmi cepat sembuh dan dijauhi dari malapetaka. Amin...
2 comments:
aslaikum...terima kasih kerana sudi menjadi follower blog mat yeaa..dan sebagai follower yg ke-200, mat ada sesuatu untuk anda...sila email addres rumah ke alamat email ini yea ---> adnanibrahim76@gmail.com Insya allahh mat akan kirim kan sesuatu dalam masa terdekat ini....
Tak sangka pulak saya jd follower yg ke-200. Alahai bertuahnya badan... terima kasih gak yer cik mat sudi jd follower blog saya, bangga rasenya org pandai masak cam cik mat ni komen kat blog saya.
Post a Comment