Wednesday, April 28, 2010

Sambal Udang & Petai


En hubby dan emak favorite, aku tak berapa gemar sebab ada petai, aku kuis-kuis amik udang jer. Pakai udang putih jenis udang kertas jer, best sebab kulit dia lembut, kalau udang yg jenis besar2 kulit keras. Sekarang petai cam dah takde musim (bermusim ker petai nie??) sentiasa ada jer jual kat pasar.
Sambal tumis udang petai lawan lak dgn masak lemak pucuk paku dgn ikan masin, perghh.. memang gandingan yang serasi, bikin org terlentang kekenyangan.. kalau nak meniarap takleh perut dah buncit..hahahaha

Tuesday, April 27, 2010

Kerang Goreng Bersambal

Dulu selalu makan kerang gaya gini kat Pantai Sg Lurus, Senggarang Batu Pahat. Sekarang dah lama tak ke situ ntah ada jual lagi ker tak. Mak pun dah teringin nak makan kerang masak camni, Takkan nak drive sejauh itu kalau setakat nak makan kerang nie.. so aku pun main agak2 jer bahan2 dan resepi nak membuat nya.. Jom layan...

Bahan-bahan:-
  • 1 kg Kerang- direbus dan dikopek sebelah kulitnya
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 labu bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sudu besar kacang goreng yang ditumbuk kasar
  • garam & ajinomoto
Cara-caranya:-
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda*.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, sos tomato dan gula
  4. Kacau lagi, masukkan serai dan air asam jawa.
  5. Masukkan kerang dan gaul sebati.
  6. Taburkan dengan kacang tumbuk, gaul2 dan boleh lah diangkat dan dihidang.

Monday, April 26, 2010

Friendship Award dan Tag From Ummiaffaf@Wanieyra

Lihatlah duniaaa.... kembang kempis idung dapat award, nak bagi speech panjang2 lum karang lagi. Apa-apa pun thanks to Ummiaffaf@Wanieyra yang telah bagi award n tag nie. 1st time menjawab tag selama terjebak dlm dunia blog nie kesian kan.. org tak berapa nak glemer.. biasa syok sendiri jer...wakakakakaka

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
wokeh.. beress..

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Award From UmmiAffaf@Wanieyra

(c) KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN... banyaknya!!!!!!!!!

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :

1. Jamie-kengkawan panggil kdg2 bos pun sama
2.Jamilah- nama penuh gitu..skema
3. Mok su@ ucu- anak2 sedara
4. Adik- mak,adik beradik and sedara mara
5. Ayang- en hubby pangggil

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 24.2 - lahir ke dunia
2. 3.4- dapat laki
3. 23.10 - Birthday en hubby
4. 1.12- beranak Nina
5. 11.4- beranak syahmi
*Important dates tapi kengkadang tak ingat.. boleh tak???

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :
1. Naik beskal masuk kebun getah bersama en hubby.. cross country and down hill
2. Marathon ke Pasar jam 7 pg sebelum naik basikal
3. Masak sambal udang +petai dan pucuk paku masak lemak balik dari main beskal
4. hantar syahmi pi gunting rambut- buat style pacak gitu
5. Berjalan umah jiram cam tak ingat nak balik...

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
1. Masak n makan
2. window shopping
3. makes other people happy
4. Dating dgn en hubby
5. tido...

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. citer seram
2. citer sedih
3. citer romantik
4. citer lawak
5. citer suspen

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
1. Makan
2. jalan-jalan carik pasal
3. Tidor
4. carik resepi baru dan try buat
5. berangan

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
1. Husband
2. Anak-anak
3. Mak Ayah & mentua
4. Adik-beradik
5. dan semuanya……………..sama jer cam wanieyra

(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
1. New Zealand- kalau tak dpt kg new zealand pun jd lah
2. UK- nak jumpa member yg duk sana
3. Pulau-pulau- tak kisah lah mana janji best.. pulau langkawi pun bleh gak
4. Australia- mengimbau kenangan lalu
5. Bandung atau Bali- dekat jer

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. Dapat tag, so buat lah
2. sebab tak penah buat tag
3. saje suka2
4. nak menambah entry
5. bukan selalu pun...

(10) FIVE PERSON TO TAG :
1. Faizah
2. Rafiah
3.Nur-fiqah
4. Norma-hantumakan
5. sapa-sapa yang berminat.. silakan...

Sunday, April 25, 2010

Ayam Panggang

Dah lama tak pegi Kenny rogers, bila ajak en hubby banyak jer alasan nya, jauh ler, penat ler gitu ler gini ler (sebenarnya takut kopak kena ketuk). Paling sedap muffin dia lah.. sapa2 ada resepi leh buat muffin sebijik cam kat kenny rogers bagi tau arr..

Balik keje semalam beli ayam sekor, bersihkan dan perap dgn segala macam rempah tok nenek yg ada lam simpanan, lepas sejam potongkan kentang dan tomato aku bakar lam oven. Sementara nak tunggu masak bau dah semerbak, meleleh air liur, cepatlah masak ayam nie...
Masak jer terus angkat, sejukkan lam 5 minit terus makan, sedap wooo.. lepaslah teringin nak makan kat kenny rogers dan aku rasa yg nie lagi bagus sebab murah, air free lagi, tak perlu nak bersiap bagai...
Rasa cam ayam golek pusing yang jual kat tepi tasik biru pun ada. Lepas makan terus tergolek kekenyangan.. burppp.. alhamdulillah.. terus melengkor cam ular sawa... hahahahha

Mangga@Pelam@ Mempelam

Pelam kecik memang dah ada kat umah, saje nak wat perbandingan

Kelmarin en hubby ada kerja di Bidor, Perak. Pegi dari pagi sampai malam baru balik. Banyak keje kot tu yg sehari suntuk. Balik-balik jer aku tanya beli apa? diunjuknya pelam. Ni jer? oklah tu kata nya, seb baik beli apa2 kalau balik kosong jer. mekasih yea sebab beli... cam nak perli jer.. banyak lagi buah ada jual kat perak tu, jambu takde biji ada, limau bali ada, kuah rojak mak bee ada apsal ler tak borong semua.... baru best, sedap sikit nak makan.


En hubby beli 2 jenis pelam, satu yang besar gedabak, cam dia hehehe (ampun yer bang) dan satu jenis lagi mangga jenis lily. Yang besar tu lebih kurang 2 kg lebih sebijik, kami makan sebelah dulu esok baru sambung makan sebelah lagi. Sebelah jer bila dah potong penuh sepinggan nak mengabiskan pun tak larat... buahnya masak layu, ada part rasa masam ada yg rasa manis. Tak pelah rezeki, alhamdullilah, asal leh makan sudah.. lain kali beli lagi yea bang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails