Monday, March 15, 2010

Restoran Warisan

Sabtu yg lepas kami balik kg sebab menziarah mak sedara yg sakit di negeri Sembilan. Dalam perjalanan ke sana kami singgah kat satu Restoran warisan utk lunch yang terletak ditengah sawah bendang, view memang best ler dan tempat makan selesa.
Menu special hari tu adalah keli berlado, keli salai masak lemak cili api + belimbing dan daging salai lemak cili api. Jadi kami pilih keli goreng berlado, yg adooo ni.. sepinggan reganya RM15, 2 ekor jer tau dgn sambal seciput.
Daging salai masak lemak cili api ni RM15 gak semanggkuk, tp manggkuk jer besar, isi sayup jer dgn terung pipit jek lebih, tp rasa boleh tahan gak pekat cuma satu jer yg kurang.. kurang banyak isi nya.
Kami oder gak kerabu mangga, en hubby kata yg bini dia masak lagi sedap, yg nie kureng sket, reganya RM 8 sepinggan. Mangga dah lembik ler...
Kami oder gak sayur utk kesihatan, kailan ikan masin dgn rega Rm 8 gak sepinggan adalah dlm sepokok daun kailan.
Air saya minum Lai chi kang.. hat nie memang sedap dan berpatutan dgn rega, bahan2 pun banyak, manis dan kepekatan pun cukup.. yg nie puas ati sket. Actually bila sampai2 jer sementara tunggu hidangan yg di pesan sampai diaorg bg air Janda pulang.. kami kata dia nak perli mak tu, air janda pulang nie adalah air kelapa muda campur gula merah. Lupa nak amik gambar.
Ikan masin, ulam-ulam dan sambal belacan nie complimentary dgn lauk lain.. atau dgn erti kata lain free ler.. siap ada kerdas dan petai.. timun pakai zuchini you.. tu yg mahal tu...
Toilet bersih dan cantek gitu, dihiasi pohon merimbun takut plak ada ular melingkau celah2 pokok...hehehhe

Syahmi yg sibuk belek2 menu mcm paham jer.. mcm takmau lepas menu tu nak bawak balik umah buat sovinear...


Ada gak tempat duduk santai gini.... background sawah padi menguning, padi dah masak sedia tuk dituai.. tp takde masa ler nak gi sawah tu...
Kedai cenderahati terletak satu compound dgn restoren, seni bina minangkabau..yelah kan kat nogri 9. Sekian mekasih....

Friday, March 12, 2010

Aktiviti Berbasikal

Petang2 mesti budak2 merengek nak main beskal kat depan umah. En hubby kata kita mesti didik anak2 agar utamakan keselamatan masa naik beskal ( yer ooo poyo jer papa nie padahal main beskal kat depan umah bukan leh bawak laju manapun) jadi en habby pon belikan safety gear utk budak2. Utk kakak warna merah dan adik warna biru, adik punya longgar sikit sebab adik tu cekeding sgt. Memula tu memang ler excited nak pakai semua tu, masuk seminggu semua barang dah berterabur ntah kemana yg tinggal cuma helmet jer sbb helmet tu besar. En hubby yg gigih memasangkan safety gear kat anak bujangnya.
Adik steady jer papa pakaikan semua tuh, padahal tak selesa rasanya..Dah siap.. ready tuk main, boleh ler merempit macam nie, tapi tak selesa lah mama. Helmet ni mcm nak tanggal jer. Saya pun dah ready.... jom dik kita lumba... alamak pakai selipar jepun jer.... papa belikan ler kami sport shoes...

Asam Pedas Ikan Merah

Org Johor dan Melaka memang suka makan asam pedas. Johor dan Melaka kan berjiran tu pasal ada persamaan citarasa kot. tu andaian aku jer. Kat umah nie kalau asam pedas memang laku, especially anak yg sulong tak bagi org lain habiskan, kalau boleh lauk tu nak makan ulang2 sampai abis. Kali ni masak pedas campur bunga kantan dan daun kesom lebih masak laksa ari tu.. jom layan resepi nya:-

bahan-bahan:-
  • sekor ikan merah dibersihkan dan dipotong kelor
  • 20 biji lada kering*
  • 1 labu bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1/2 inci halia*
  • belacan*
  • 1 kuntum bunga kantan
  • daun kesom
  • 2 cwn asam jawa
  • garam, gula dan Ajinomoto
  • minyak tuk menumis
Cara-caranya:-
  1. Kisar semua bahan bertanda*
  2. panaskan minyak lam periuk
  3. tumis bahan2 kisar sampai naik bau dan garing
  4. Masukkan air asam jawadi
  5. masak sampai agak pekat
  6. masukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan
  7. Perisakan dgn garam, gula dan serbuk perasa
  8. bila ikan dan masak bolehlah dihidangkan

Sunday, March 7, 2010

Rendang Ayam Pencen

Minggu lepas Syahmi demam panas yg agak membimbangkan, tak boleh tido malam dibuatnya aku takut peristiwa lama berulang lagi dimana syahmi kena sawan tarik sebab panas badan yg melampau, duk diwad 3 hari 3 malam. Sekarang kan musim panas yang lain macam, tido mlm pun bahang semacam, tapi la nie syahmi dah sihat walafiat dan cuaca pun dah sejuk sikit. Masa sibuk jaga syahmi aku ada nazar kalau dia baik demam aku nak buat pulut kuning dan rendang ayam, so sbg menunaikan janjiku hari ni buat ler pulut kuning dan rendang.

Mak request suruh buat rendang guna ayam pencen or ayam tua, dan sbg anak mithali aku pun menurut perintah tapi seksanya lepas 3 jam masak rendang ayam tetap maintain keras kejung takde tanda2 nak empuk, hisshh geram betui aku ada yg nak kena hempuk dgn lesung batu nie, lain kali cam taubat nak buat guna ayam nie, kira 1st and last ler nie.Gandingan untuk rendang aku buat pulut kuning( tak amik gambar sbb kurang kuning) dan juga aku beli nasi impit yg bungkus dlm daun pisang. Sedap ler nasi impit nie, halus mulus jer rasanya ditambah dgn aroma daun pisang perhh.. memang sedap ler. Rendang ayam keras kebatun dan nasi impit yg sedap, sapa ler nak tulung abiskan rendang nie, nak bagi kat org pun agak segan sebab liat bebenor, nanti ada yg gigi palsu tercabut keluar tak pasal2 lak kan...

Laksa Johor

Menu untuk minum petang di hari Minggu, dah lama rasa tak buat laksa sendiri asyik beli jer, tapi biasa yg ada jual laksa penang nak jumpa laksa johor payah sket. Aku buat guna mee laksa basah jer, hubby tak suke guna mee spagetthi tapi kalau buat spagethi bologniese suka pulak makan , heran... bahan-bahan hiasan macam tak berapa complete tapi tak pe ader aku kesah..hehehehe, asal dapat makan perut kenyang oklah..Ni gambar close-up laksa johor ku.. ada yg terliur ker? Nak? ada tinggal sikit lagi kuah dia.. mee dia dah langsai, hubby makan 2 kali round... sedap ler tu. Resepi malas ler nak taip lain kali lah yea...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails