Sunday, February 6, 2011

Kek Alunan Kasih


Salam semua.. seronok ker cuti lama2 sempena raye cina nie? tentu seronok kan..cuma yg tak best bila dah nak kena balik semula ke rumah sendiri menempuh jalan jam dan baju kotor yg berlambak2 hehehehhe.. oklah nak tayang kek yg dibuat utk buah tangan masa balik ke kg tempoh hari.. resepi asal dari Pn Mastura dlm fb kongsi resepi tapi yg ni c&p dari umah kak Am Flora, sbb malas nak menaip semula. Aku punye alunan takde lah secantik member2 yg lain, tp boleh lah, kira jadi lah jugak. Memang sedap kek ni, kalau biar 2-3 hari jadi lagi moist...


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})

BAHAN-BAHAN:-
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) - akak pun kurangkan
  • 1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
  • ½ cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Sebuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
    *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

  • Pukul planta dan gula smpai kembang...
  • Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  • Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  • Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  • Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  • ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  • Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  • Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  • Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Dah siap packing tuk bawa balik kg, satu utk umah kakak n satu utk MIL..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails