Wednesday, June 30, 2010

Fruit Tartlet

Fruit tart... mari..mari, lelong-lelong..murah-murah, satu singgit jer... tapi sori yea semua fruit tart dah langsai. Buat tart ini untuk diberi kepada jiran sempena pembukaan kedai baking-Suri Baker's Centre. Kawan-kawan yang tinggal berhampiran Sg Buloh dah kawasan sekitarnya boleh lah membeli belah barang-barang baking disini. Milik Bumiputera sepenuhnya dan dijamin halal. Kedai ini terletak di Bukit Rahman Putra berhampiran dgn Stesen Minyak Petronas BRP. Jemput datang yea (promote le sket..kut2 dpt tepung free). Nampak gayanya akulah jadi regular customer nanti nie... dan memang pun aku adalah 1st customer diaorg..hehehhe
Nie ler kelebihan ada oven besor..sekali bakar 50 biji terus. Resepi tart shell ada dari 2 sumber dan aku try dua-dua sekali sebab saja nak tgk mana lagi sedap.. tapi takde beza sgt pada aku sama jer..jom layan resepi:-

FRUIT TARTLET Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY
Bahan-bahan :
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

P/s: satu lagi resepi lebih kurang sama bhn2 cuma amount yg sikit beza:- sebuku butter 250gm, 120gm gula icing, 2 biji kuning telur, 440gm tepung gandum dan 1 sudu teh esen. Cara buat sama jer kat atas.

Bahan-bahan Kastard:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan masukkan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Filling Blueberry Tart

Bahan A
250g cream cheese
50g gula
25g mentega

Bahan B- 1 biji telur

Bahan C- 25 g whipping cream

Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling

Cara-cara
  1. Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  2. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi.
  3. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota dari Maklang:- * Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)

Wednesday, June 23, 2010

Cupcake- Choc moist cake with buttercream

Tempahan 50 biji dari opismate utk bawa balik kg di Perlis utk wedding sedaranya. Nak tema kuning, tapi hiasan tak ditetapkan, ikut suka hati sendiri. Kalau dapat semua customer camni kan bagus, takde lah pening kepala. Tapi yg aku pasti kelemahan aku bila ada oder baru gelabah cari resepi kek ler buttercream ler... bila dah ada byk taktau mana satu yg ok, mula lah results tak tentu arah jadinya. Salin pun atas kertas ntah apa2 ntah, pastu sepah2, bila hilang bising satu rumah..hehehhehe..teruk kan aku nie...
Layan jelah gambar-gambar nie.. mood membebel lom mari lagi, masih mood sedih lagi. esok ada audit kat tempat kerja, harap-harap takde lah NCR..please auditor!

Chocolate Cheesecake

Sekali pandang macam kek coklat je kan. Tapi bila makan pasti terkenang-kenang keenakkan rasa cheese yang begitu pure sekali. Cukuplah sepotong jer dah memadai. kek ni ditempah oleh seorang pustakawan untuk besday suaminya. sori la tak sempat nak deco sbb pada masa yang sama ada oder lain, 50 pcs cupcake for wedding. Amatur kan jadi tak leh nak buat banyak2 serentak. Buat nie jer tido kul 3.00 pg..... tulisan guna buttercream lebih dari hiasan cupcake.hehehhee

Friday, June 18, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Abah...

Tanpa disangka tanggal 10 Jun 2010, Abah (bapa mertua) meninggalkan kami selamanya. Pemergiannya yang secara tiba-tiba mengejutkan kami semua. Abah yang pulang ke kampung rupanya tidak kembali lagi ke rumah selepas itu, Abah telah dilanggar dengan lori treler sewaktu dalam perjalanan balik semula ke Kota Tinggi. Dompet abah telah dicuri semasa kemalangan berlaku menyukarkan pihak polis untuk mengenalpasti identiti Abah, Sungguh zalim org yang telah mencuri itu.. nasib baik telefon bimbit abah tidak dicuri sekali mungkin sebab keadaan handfon yg telah rosak. Mak berjaya menghubungi handfon itu dan terperanjat apabila diberitahu abah telah kemalangan, ingatkan biasa-biasa sahaja bila sampai di hospital barulah emak tahu abah telah tiada, meninggalkan alam yang fana ini kembali menemui penciptanya yg Khalik.
Namun emak amat tabah menerima semua ketentuanNya, memang semua itu hanya pinjaman dan kita tidak memiliki apa-apa. Emak dan kami semua redha dengan ujian ini. Allah lebih menyayangi Abah. Semoga arwah abah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan dimasukkan ke dalam syurgaMu Ya Allah. Al-fathihah.....

Sunday, June 6, 2010

Mee Kari Kerang


Saya copy resepi mee kari nie dari sini. Dalam resepi tu siap ada bagi tips lagi macam mana nak bagi rasa mee kari yg kita masak lebih sedap. Baru saya tau, selalu main campak2 jer ikut suke, tapi kali nie ikut betul2 setiap tips yang diberikan dan hasilnya.. walla.. sungguh enak sekali. Jadi saya pun nak kongsi tips yg diberikan agar kawan-kawan pun boleh hasilkan mee kari yg ada ummppphhh dan juga untuk rujukan saya dan anak cucu cicit dimasa hadapan (advancenya aku..hehehehe).

Tips:-
  1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
  2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
  3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? saya lah.. siapa lagi! Naya, naya!
  4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada bloggers yg ada better suggestion, please let me know.
  5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu. Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?
  6. OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah bloggers lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.

Ingredients:-
RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)

Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara-caranya:-
  1. Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
  2. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
  4. Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.
  5. Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Nasi Ayam Ipoh (tp kundang mali...)

Salam semua, cuti-cuti hujung minggu nie boleh lah masak yg lain sikit tapi mudah dan cepat disediakan. Menu nasi ayam ni nampak jer remeh dan panjang tapi bila buat mudah jer, takyah nak masak 2-3 lauk. Resepi asal dari Q from MyR tapi yg nie C&P dari umah kak Nor Ganu. Jom makan..... Layan jelah resepi malas nak membebel panjang..

NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega


Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails