Friday, June 18, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Abah...

Tanpa disangka tanggal 10 Jun 2010, Abah (bapa mertua) meninggalkan kami selamanya. Pemergiannya yang secara tiba-tiba mengejutkan kami semua. Abah yang pulang ke kampung rupanya tidak kembali lagi ke rumah selepas itu, Abah telah dilanggar dengan lori treler sewaktu dalam perjalanan balik semula ke Kota Tinggi. Dompet abah telah dicuri semasa kemalangan berlaku menyukarkan pihak polis untuk mengenalpasti identiti Abah, Sungguh zalim org yang telah mencuri itu.. nasib baik telefon bimbit abah tidak dicuri sekali mungkin sebab keadaan handfon yg telah rosak. Mak berjaya menghubungi handfon itu dan terperanjat apabila diberitahu abah telah kemalangan, ingatkan biasa-biasa sahaja bila sampai di hospital barulah emak tahu abah telah tiada, meninggalkan alam yang fana ini kembali menemui penciptanya yg Khalik.
Namun emak amat tabah menerima semua ketentuanNya, memang semua itu hanya pinjaman dan kita tidak memiliki apa-apa. Emak dan kami semua redha dengan ujian ini. Allah lebih menyayangi Abah. Semoga arwah abah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan dimasukkan ke dalam syurgaMu Ya Allah. Al-fathihah.....

5 comments:

Ayu said...

salam Jamie,
Salam Takziah buat keluarga jamie, diharapkan jamie sekeluarga tabah ya..
Semuga roh arwahnya ditempatkan disisi org2 yg beriman..Amin

kisahwanida said...

Salam kenal,
semoga arwah di cucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yg diredhai....Amin

Tertarik dgn tajuk entry sbb saya pun dah kehilangan ayah tercinta hampir 13 tahun yg lalu

Takziah.....

lemongrass said...

Salam Jamie..
Sedihnya bila baca tragedi ni. Semoga keluarga Jamie dan keluarga Arwah tabah menghadapi dugaan Allah yg berat ini.
Semoga roh Arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman. Amin....
Take care ye!

Jamie said...

Terima kasih K.Ayu, K.LG and wanida. Kehilangan secara tiba-tiba memang agak sukar utk diterima. Namun kami redha dan pasrah dgn ketentuan ilahi. moga arwah dan kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah. amin

mommysarah said...

Salam Jamie

Takziah dari kami di sini. Kuatkan semangat. Jaga diri key. Kau biler start semester?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails