Sunday, January 25, 2009

Nina Demam pulak

Hari nie dah masuk hari ke-3 nina demam. kesian pulak tengok.. tapi alhamdulillah hari nie dia dah ok sket. bangun tido terus mulut dah riuh cam biasa kalau tak layu jer.. takmau cakap, takmau makan..duduk jer terjelepok..mana taknya.. asal makan jer muntah.. tak makan apa pon muntah gak.. sampai lembik badan.. biasa ler budak2 demam sket pon berat badan turun mendadak.. kalau mak budak cam tu kan bagus.. hehehhehe
Kami punya lah risau tengok keadaan dia, bawa gi klinik pun takde perubahan.. lastly kami decide nak bawak gi hospital, tapi on the way gie hospital kitaorg singgah di McDonald dan alhamdullilah nina nak makan walaupun sket so tak jadi ler bawa ke hospital. Sebenarnya kita bukan tak nak bawa ke hospital terus but kitaorg takut nanti kena cucuk sana cucuk sini.. kesian dah ler kurus keding jer...

Gambar masa demam tak leh nak tunjuk sebab dia takmo gambar dia diambil... kurus sgt.. mata jer yg besar...so layan jer lah gambor dia masa baby...
so disebabkan dia demam kitaorg terpaksa korbankan cuti tahun baru cina nie.. plan asal nak balik kampung tp tengok keadaan dia terpaksa dibatalkan.. nanti kalau dia ok bolehlah balik. Bila demam nie mula ler dia sensitif.. mama dia takleh nak cuti sebulan nie..dia boleh cakap dgn babysitter " mama nie, kakak sakit pun mama kerja" alahai sedihnya dengar.

Sunday, January 11, 2009

Nasi Lemak


Dah lama tak makan nasi lemak, so weekend ni buatlah nasi lemak tuk menambah lemak yg sedia ada. Nasi lemak memang favourite nina. Dia kalau boleh hari2 nak makan nasi lemak, kalau tak dapat mau menangis, sebelum gi kerja selalunya dia mintak 2 hengget tuk beli nasi lemak.

Tapi makan nasi lemak ni jgn selalu.. bahaya beb.. dah ler tak sempat nak bersenam skang nie. Bila lah nak start bersenam balik nie.. spare tyre dah byk nie..



Untuk dinner makan spagetti bolognies jer. Ni memang menu wajib kat umah, paling kurang sebulan sekali mesti buat sbb senang beb. Tak banyak kerja sangat, kalau masak nasi kena ada paling kurang 2 lauk, masak spagetti so quick n easy.. beli jer yg sos ready made pastu just add on capsicum, onion, and mince meat. pastu rebus the spagetti.. than its ready. senang kan...

Saturday, January 10, 2009

Dinner MKAK dan Majlis Persaraan Pengarah


Dinner MKAK tahun ini diadakan pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Perdana Lembaga Getah Malaysia. Sambutan pada tahun ini lebih meriah dan gempak berbanding dengan 2 tahun lepas semasa persaraan Pengarah yang dahulu iaitu Dr Vira. Rasanya MKAK akan but dinner every 2 years bersekali dengan persaraan pengarah. Nak buat camner semua pengarah yang masuk sini kebanyakkan memang dah lagi 1-2 tahun nak pencen.

Bukan main suka dan cerianya wajah-wajah staf Bahagian Makanan. Rasanya tema tahun ini ialah tudung ikin. hehehhe.. sebab kebanyakan orang pakai tudung cam ikin termasuklah aku. Ada lagi yg pakai tudung ikin tp takde lam gambar spt K. ilah, K. Ijan, Rozlin etc.. ramai ler tak tertulis.. hehehe

Bahagian Makanan telah membuat persembahan yang sungguh diluar jangkaan Pengarah. Kami menyanyi dan menyanyi melodi lagu P.Ramlee "bila mama pakai celana" tapi lirik dah diubah dengan Cik Liza utk disesuaikan dgn pengarah, memang meletop.. wa cakap lu.. jgn tak caya.

Ini pula persembahan pembukaan dengan lagu Asmaradana. Kalau Tiara tengok, mahu menangis nie...Tapi yang tak tahan bila part lelaki jadi rimau.. kelakar ler..

The best part is bila aku berjaya dapat lucky draw. walaupun tak dapat grand prize, at least ada gak tak ler balik ngan tangan kosong. Aku, Pdah dan Suzie Ajk cabutan bertuah dan kami memang betul-betul bertuah malam tuh. Suzie dapat grand prize, cuma yg kesiannya Hosaini yg satu-satunya hero Ajk kami tak cukup bertuah malam tu.. tak dapat apa2.. frust betul dia.. kesian.. tak pe next time mana lah tahu your turn plak..


Antara-antara yang vogue and berbeza on that night.

Monday, January 5, 2009

Gambar Raye 2008


Suka betullah bila guna photo editor nie.. senang nak combined pixie.. takyah lah nak tempek gambar satu-satu. Boleh buat byk gambar all in one. Walaupun gambar nie dah lama saje jer nak letak gak.. sebab masa raya hari tu tak sempat nak letak.
Tema untuk tahun nie adalah golden brown.. sebenarnya i'm not sure colour tu dipanggil apa.. coklat ke perang ker gold ker.. pening sungguh masa nak decide tema utk tahun nie.. last2 pegi kedai amik jer kolor yg berkenan memandangkan kolor nie lum penah lagi jd tema. Mula2 we all yg girl nie takmo pakai kain yg sama.. boring ler plain jer kan.. ingat nak cari warna yg sama tp bunga2. Tapi bila pikir2 bila la nak survey kain tuk girl plak.. rase cam tak sempat jer.. so terpaksa ler sama jer dgn boys.. cuma we all tambah batu2 permata, nak bagi blink2 sket baru glamer...
Raya 2008 disambut kat umah my mom kat Batu Pahat so this year kena lah plak beraya kat umah MIL. Takpe lah raya mana2 pon sama jer...Janji raya...
Yang spoil nya Nina takmo bergambar.. susah sangat nak diajak bergambar geram jer aku tengok.. pepagi raye dah buat hal.. hilang mood nak berposing.. last2 kita org bertiga jer yg bergambar.


Nina tengah menyakat syahmi... tangan mama terpaksa enterprem.. Nak tunjuk batu2 permata dilengan baju hehehhe.. tampal sendiri nie dipagi raye...hangin tul laki aku masa tu... ampon bangggg..


Nina yang sedang dalam percubaan melarikan diri kerana takmo gambarnya diambil. Hii.. dia nie memang berangin sket.. ikut mood dia jer.. mood mak dia, dia tak heran... bocah-bocah...

Saturday, January 3, 2009

Bunga-bungaan


This picture was taken during my vacation to Beijing China, somewhere in April last year (Chewah speaking London plak). Ni bunga dari pokok buah peach, diaorg percaya kalau makan buah peach boleh panjang umur....Actually saje nak cuba try test software yang baru download... lepas nie kalau dah terrorist bleh ler update gambar2 lain.


This is the same picture as above but with some modification.. layan jelah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails