Wednesday, February 11, 2009

Basikal oh Basikal


Ni basikal adik dan kakak yang diaorang lanyak pagi dan petang sampai dah naik lunyai. Yang orange colour tu asalnya kakak yg punya if u noticed roda pun dah takde sbb mama dah terlanggar masa reversed kereta :), as usual brg2 yg kakak tak mau secara automatic akan turun ke adik. Kesian adik asyik dpt brg second hand jer... nasib baik adik tak pandai cakap lagi.. so anything is ok for him, as long as he can play with it.
Since kakak perasan dia dah besar dan tak sesuai main basikal tu lagi, she requested a new bicycle for her to play around. Mama and papa yg prihatin nie pun kesian tengok adik yg asyik dpt barang 2nd hand so we decided to buy 2 new bicycle for both of them.Tengok ler wajah ceria both of them with their new bicycle.

Bila dah ada basikal baru nie, yang lama pun terbiar, tp kadang2 dia main jugak basikal lama nie. Yang geramnya diaorg suka park basikal mana suka jer..kat depan rumah dah tak cukup space nampaknya utk parking, mana taknya ada 2 biji kereta, 2 motor and 5 basikal.. any suggestion?? macam kena buat parking bertingkat ler plak. Tapi bukan budak2 jer yg dpt basikal baru, papa pun beli basikal baru jugak, cuma mama jer yang tak dpt basikal baru. Tak pelah mama can share with papa. Sharing is caring... hehehhehhe.
For our diner tonite, papa terlebih rajin untuk buat burger special for us..Jemput makan.

Wednesday, February 4, 2009

Picnic di Sg Congkak

Actually kami pegi picnic masa cuti chinese new year baru2 ni.. tp la nie baru ada masa nak update kat sini.. busy maa... sorry ler entry dah expired... tapi nak cerita gak.
Kami decide nak pegi mandi manda di Hulu Langat sbb kat situ ada byk sungai dan kami pilih Sg Congkak. sampai sana lebih kurang kul sepuluh lebih tapi car park semua penuh.. tempat mandi pun dah penuh sesak.. cuti ler katakan, masa ni lah org amik peluang nak gi bercuti. Tapi sbb dah sampai takkan nak balik pulak walaupun penuh kami redah jugak. yang sakit hatinya parking tepi jalan pun kena bayar... bawak khemah sendiri pun kena bayar... semua kena duit beb.. nasib baik mandi sungai tu tak kena bayar duit air... hehehhehe.
Kitaorg pergi 5 kereta tp bila tgk sg congkak penuh kami satu kereta decide pergi ke Hulu Perdik.. sg yg bersebelahan dgn sg congkak. Kat sini tak ramai org tp tempat agak tersorok dan jauh kedalam hutan. Lepas mandi2 baru join 4 kereta yg lain yg stay kat sg congkak. Anak2 walaupun dah menggigil kesejukkan tetap tak mau naik especially syahmi.. menangis kalau suruh naik..nak berendam walaupun dah bergetar satu badan dan pucat lesi.



Lepas mandi manda kami terus balik N.9 dan malam tu adik tak boleh tidur.. menangis dan muntah.. mesti sbb dah terlebih mandi siang tadi...esoknya adik demam.. sian adik.. lepas kakak dia pulak yang demam.

Sunday, January 25, 2009

Nina Demam pulak

Hari nie dah masuk hari ke-3 nina demam. kesian pulak tengok.. tapi alhamdulillah hari nie dia dah ok sket. bangun tido terus mulut dah riuh cam biasa kalau tak layu jer.. takmau cakap, takmau makan..duduk jer terjelepok..mana taknya.. asal makan jer muntah.. tak makan apa pon muntah gak.. sampai lembik badan.. biasa ler budak2 demam sket pon berat badan turun mendadak.. kalau mak budak cam tu kan bagus.. hehehhehe
Kami punya lah risau tengok keadaan dia, bawa gi klinik pun takde perubahan.. lastly kami decide nak bawak gi hospital, tapi on the way gie hospital kitaorg singgah di McDonald dan alhamdullilah nina nak makan walaupun sket so tak jadi ler bawa ke hospital. Sebenarnya kita bukan tak nak bawa ke hospital terus but kitaorg takut nanti kena cucuk sana cucuk sini.. kesian dah ler kurus keding jer...

Gambar masa demam tak leh nak tunjuk sebab dia takmo gambar dia diambil... kurus sgt.. mata jer yg besar...so layan jer lah gambor dia masa baby...
so disebabkan dia demam kitaorg terpaksa korbankan cuti tahun baru cina nie.. plan asal nak balik kampung tp tengok keadaan dia terpaksa dibatalkan.. nanti kalau dia ok bolehlah balik. Bila demam nie mula ler dia sensitif.. mama dia takleh nak cuti sebulan nie..dia boleh cakap dgn babysitter " mama nie, kakak sakit pun mama kerja" alahai sedihnya dengar.

Sunday, January 11, 2009

Nasi Lemak


Dah lama tak makan nasi lemak, so weekend ni buatlah nasi lemak tuk menambah lemak yg sedia ada. Nasi lemak memang favourite nina. Dia kalau boleh hari2 nak makan nasi lemak, kalau tak dapat mau menangis, sebelum gi kerja selalunya dia mintak 2 hengget tuk beli nasi lemak.

Tapi makan nasi lemak ni jgn selalu.. bahaya beb.. dah ler tak sempat nak bersenam skang nie. Bila lah nak start bersenam balik nie.. spare tyre dah byk nie..



Untuk dinner makan spagetti bolognies jer. Ni memang menu wajib kat umah, paling kurang sebulan sekali mesti buat sbb senang beb. Tak banyak kerja sangat, kalau masak nasi kena ada paling kurang 2 lauk, masak spagetti so quick n easy.. beli jer yg sos ready made pastu just add on capsicum, onion, and mince meat. pastu rebus the spagetti.. than its ready. senang kan...

Saturday, January 10, 2009

Dinner MKAK dan Majlis Persaraan Pengarah


Dinner MKAK tahun ini diadakan pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Perdana Lembaga Getah Malaysia. Sambutan pada tahun ini lebih meriah dan gempak berbanding dengan 2 tahun lepas semasa persaraan Pengarah yang dahulu iaitu Dr Vira. Rasanya MKAK akan but dinner every 2 years bersekali dengan persaraan pengarah. Nak buat camner semua pengarah yang masuk sini kebanyakkan memang dah lagi 1-2 tahun nak pencen.

Bukan main suka dan cerianya wajah-wajah staf Bahagian Makanan. Rasanya tema tahun ini ialah tudung ikin. hehehhe.. sebab kebanyakan orang pakai tudung cam ikin termasuklah aku. Ada lagi yg pakai tudung ikin tp takde lam gambar spt K. ilah, K. Ijan, Rozlin etc.. ramai ler tak tertulis.. hehehe

Bahagian Makanan telah membuat persembahan yang sungguh diluar jangkaan Pengarah. Kami menyanyi dan menyanyi melodi lagu P.Ramlee "bila mama pakai celana" tapi lirik dah diubah dengan Cik Liza utk disesuaikan dgn pengarah, memang meletop.. wa cakap lu.. jgn tak caya.

Ini pula persembahan pembukaan dengan lagu Asmaradana. Kalau Tiara tengok, mahu menangis nie...Tapi yang tak tahan bila part lelaki jadi rimau.. kelakar ler..

The best part is bila aku berjaya dapat lucky draw. walaupun tak dapat grand prize, at least ada gak tak ler balik ngan tangan kosong. Aku, Pdah dan Suzie Ajk cabutan bertuah dan kami memang betul-betul bertuah malam tuh. Suzie dapat grand prize, cuma yg kesiannya Hosaini yg satu-satunya hero Ajk kami tak cukup bertuah malam tu.. tak dapat apa2.. frust betul dia.. kesian.. tak pe next time mana lah tahu your turn plak..


Antara-antara yang vogue and berbeza on that night.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails