Monday, August 25, 2008

Ahad oh Ahad

Walaupun hari nie hari Ahad, hari yang biasanya melepak-lepak dan bangun lewat, tapi hari ini terpaksa bangun awal sebab kena menghantar adik ipar ke Hentian Bas Jalan Duta. Hari ni cuti sekolah berakhir dan adik ipar nie nak balik semula ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Tapi dalam nak cepat2 pergi ke Hentian Bas adik ipar telah terbawa kunci rumah kami bersama balik ke Kolejnya:(. susah lah mcm nie.. kunci umah tinggal satu jer. Malam sebelumnya bakarkan Peach Tart untuk adik bawa balik ke kolej nya... kakak ipar buat2 rajin :). Nak jaga reputasi..

Lihat lah aksi Nina menikmati Peach tartnya... sedap mama. sampai comot2 mulut makan tart nie. tapi Nina tak suka peach dia nak cream shj tanpa peach.

Selepas hantar adik ke Hentian Bas Jln Duta, kami pon pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Dah alang2 keluar, aku pon amik kesempatan memujuk cik Abg utk gie ke sana dgn alasan nak beli cabinet drawer utk kemas stor. harga drawer tu murah jer tp kitaorg abis sampai RM 500 dok beli benda yg merepek2. Tulah sapa suruh jalan2 carik pasal :)

Nina pulak seronok dibawa ke Carrefour sbb boleh main permainan yg dia suka. Sampai tergolek2 pon dia tak kesah dan tak menangis.

Malam setelah menjamu selera ala-ala Western gitu, Kami pun memulakan mission immpossible kami iaitu mengemas stor. Stor nie memang sejak pindah tak penah kemas, kalau ada barang yg tak perlu atau bersepah, semua disumbat distor. kalau stor tuh boleh berbunyi memang dah lama kena tegur tuan rumah nie... Nasib ko ler stor.. sapa suruh jadi stor.

Ini ler hasil barang2 atau sampah2 yg selama ni kami sayang nak buang dan terperap dalam stor kami. Dalam pada tuh banyak gak barang2 yg cik Abg suruh dermakan shj memandangkan kami pun tak guna.

1 comment:

Mommy Lucy said...

wei...tolong bagi aku resepi peach tart nie...tolong yek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails