Sunday, July 25, 2010

Choc Moist Cake

Salam semua.. lama sangat dah tak update blog nie kan.... teramat lah sibuknya dengan kerja di opis dan masalah lain yang tak dapat dielakkan. Namun masak tetap masak, sibuk macam mana pun perut tetap kena isi, kalau ada oder amik juga mana yang termampu. Cuma yang tak sempatnya nak update picture n citer dalam blog nie..sori yea.

Wokeh, choc moist cake ditempah oleh my opis mate untuk di bawa balik ke kampung, sebab dia ni 1st time oder dan tak mau mengecilkan hati sesapa aku pun terima jer oder dia. Start buat kek ni jam 10 mlm, kul 11 baru nak bakar dan dah alang2 buat, aku buat 4 biji terusss... over ngko...1 biji utk member opis, 3 biji plan nak bawak balik kg sbb ada kenduri arwah. siap bakar jer dah kul 12 lebih dan dah ngantuk tak sempat nak deko, bangun pagi baru terhegeh2 curah choc ganache dan tabur parutan coklat, seb baik member tu nak deko yg simple jer.
Sapa yang terliur tu, pandang jelah..tak pun jilat skrin..hahahha kejam kan aku nie...pi ler buat sendiri kalau tak pun pi jer beli kat kedai kek..hehehehehhe. Nak resepi pi selongkar umah aku nanti jumpa ler...

Thursday, July 15, 2010

Pokok Mangga...

Besar tak buah dia?

Ini adalah tahun ke-2 pokok mangga depan umah kami berbuah. Masa memula tanam dulu, macam nak mati jer pokok nie.. yelah mana taknya harapkan ujan jer utk siram pokok ni.. sbb tuan nya terlampau rajin. Asal-asal tanam 3 jenis pokok, rambutan, pulasan dan pokok mangga, lastly hanya pokok mangga jer yg survived. Masuk tahun ke-3 pokok pun berbuah,tapi masa tu tak banyak sangat, yelah baru belajar berbuah ler katakan. Punyelah excited kecik2 putik lagi pun aku dah bungkus, pastu tinggal bungkus jer isinya ntah ke mana.
Syahmi yg dipaksa bergaya dgn pokok mangga

Pokok ni rendah jer, so bila berbuah dan buah dah besar, buah dia akan melayut duk atas tanah. Yang paling sakit hati bila tukang potong rumput boleh cantas sekali buah dia yg duduk bergayut atas tanah abis luka-luka buah tu. Ada sekali tu dicantas sekali dia punya tangkai, bila aku check elok jer buah tu duduk atas tanah tapi dah terpisah dgn tangkai. Tu belum yg hilang kena kebas dek org. Tapi tak pe aku halal jer..sapa suruh tanam luar rumah atas tanah rezab kan....hehehehhe
Dah berbulan-bulan tunggu buah nie tak gak masak-masak. Nak biarkan lebih lama takut tak merasa pulak. Last-last aku petik jer n peram bg masak
Sebab suke tengok pokok nie berbuah, aku tambah lagi koleksi pokok buah depan rumah dgn pokok pulasan dan kedondong. Nanti bila dah berbuah aku tayang le kat korang yek...

Saturday, July 10, 2010

Muffin Blueberry

Gebu tak muffin nie? kalau makan banyak-banyak nanti badan pun boleh gebus gak...hahahha. Tak rela you... nak turun sekilo pun susah nak naik senang jer. Muffin ni aku buat pakai muffin mix yg beli kat kedai baru jiran sebelah umah nie. Saja nak cuba, try n test. Sebelum ni kalau beli muffin mix memang ikut sebiji resepi yg disertakan tapi kali ni ada buat penambahan sikit hasil dari skodeng umah kak Hanieliza chef terkenal yg telah mengeluarkan byk buku itu. K.Liza kata kena guna api atas bawah dan jangan pasang kipas oven (kalau kipas kat ruang tamu or kat bilik takper..heheheh). Tapi memang betul bila tak pasang kipas muffin naik elok jer tapi kalau on kipas muffin akan naik senget sebelah..herot gitu.

Jom layan resepi muffin nie...salin yea

Bahan A
500 g muffin mix
200gm tepung naik sendiri

Bahan B
4 biji telur
150 ml Minyak
280 ml susu segar

Caranya:-
  1. Panaskan oven 190C (jgn on blower/kipas oven)
  2. Gaul bahan A supaya sekata
  3. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati (Guna whisker jer)
  4. Masukkan dalam acuan muffin kertas hingga agak penuh (80%)
  5. Bakar selama 20 minit dan sejukkan.
Nota:- jgn over beat nanti muffin tak mau naik.

Tuesday, July 6, 2010

Apam Blossom Berinti Blueberry


Rasa teringin lak nak buat n makan apam comel berinti blueberry nie. Aku buat kaler lain2 tapi filling dalam sama jer. Cadang nak bawak gi opis esok sbb dpt byk untuk satu adunan tapi tak sangka malam tu dah langsai sebab dimakan bersama jiran tetangga. Resepi cedok dari dapur fiza yang rajin masak-masak dan memang amik tempahan mcm2 tu. Sebelum ni pernah buat resepi yg lebih kurang sama cuma susu segar diganti dgn air ais krim soda dan tak bubuh inti.

Bahan-Bahan:-
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete


Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


Friday, July 2, 2010

Cream Puff

Lebih inti kastard untuk fruit tart aku buat cream puff untuk pot luck kat opis sempena ada staf yang kena transfer keluar sebab naik pangkat. Puff agak lembut (lembik actually) dan agak besar gabak sbb buat dlm keadaan tergesa-gesa. Plan nak buat benda lain tapi tunggu punya tunggu punya tunggu member sms resepi tak juga muncul2. hari makin larut malam, seb baik inti kastad ada lebih. Esok baru member call kata dia tersilap send sms ke org lain. takpelah takde rezeki... nanti lain kali aku cuba yea... ada yng mau ker resepinya?? sila angkat kaki... lain kali le aku letak..malas nak menaip.... bye.

Sebab Kak Gerau suka sgt kuih nie, saya letak ler cara-caranya mana tau kalau k.Gerau terlebih rajin nak mencuba...

Bahan Cream Puff / Pastri Choux- resepi Alex Goh
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails